Seorang lelaki berjalan di tengah jalan raya bandar ini tanpa memakai baju, hanya mengenakan seluar pendek sambil memamerkan sejumlah wang sebanyak RM104,656.
Lelaki tersebut, Tambok Hamonagan Hutabarat, sebenarnya telah mengeluarkan jumlah wang tersebut dari bank kemudian mempamerkannya di atas jalan raya.
Ketika itu, dia duduk tanpa berbaju dan tidak mengendahkan perhatian orang ramai yang menyaksikannya.
Setelah menunjukkan semua wang tersebut, Hutabart menoleh ke langit dan mengucapkan,
“Di atas langit masih ada langit. Apa maknanya? Sudah kaya, tetapi ada lagi yang kaya.”
Video yang merakam peristiwa ini telah menjadi viral sejak semalam, menunjukkan Hutabart berbicara, “Ini adalah wang sebenar, semuanya di sini.”
Ketua Polis Tapanuli Tengah, Basa Emden Banjarnahor, mengesahkan bahawa insiden tersebut berlaku pada Sabtu lepas. Hutabart telah ditahan oleh polis atas kecurigaan gangguan terhadap lalu lintas.
“Polis Tapteng telah menahan lelaki ini yang didakwa mengalami tekanan mental dan mengganggu lalu lintas,” katanya.
BACA: Kisah bayi kembar kehilangan ibu dan ayah selepas mereka dilahirkan bikin netizen sebak