‘Lepas baca keseluruhan lirik ‘Malam Masih Muda’, saya tak jadi husnozon. Jadi annoying dan geli. Nak tahu kenapa? Sebab ini …’

Sampai hari ni saya tertunggu juga ada pihak bersuara pasal lirik ‘Malam Masih Muda’ tu, tapi tak nampak atau saya yang tak ternampak?

Hari tu kan saya ada kongsi pasal husnozon lirik ‘healing sampai pagi’ kan?

'Lepas baca keseluruhan lirik 'Malam Masih Muda', saya tak jadi husnozon. Jadi annoying dan geli. Nak tahu kenapa? Sebab ini ...'

Lepas saya baca keseluruhan lirik. Saya tak jadi husnozon. Jadi annoying dan geli. Nak tahu kenapa? Sebab ini …
******

🎵Tonight is my night

Yea I’m gettin loose

➡️She wanted to drink so i gave her my juice⬅️

Aku still stuck but aku kena move

Takyah nak close friend kau boleh remove🎵

****

Bahagian yang ada anak panah tu. Maaflah, sis tak boleh nak husnozon atau acah-acah blurr kononnya dorg lepak kat kedai mamak lepas tu kongsi minum watermelon atau orange jus.

Apatah lagi bila tengok muzik video ni (mohon jangan pi tengok, nanti naik rating view. Meh saya bagi tau je … part ni video depa sedang nak ehem ehem … jadi, takkan nak acah² blur lagi, kan?)

Sampai sekarang saya pelik kenapa radio berterusan pasang. Tak baca lirik agaknya Dj ni.

Kadang tu syukur juga saya tak ada anak. Zaman sekarang keras dalam segala hal. Besar sungguh tanggungjawab para ibubapa sekarang.

Semoga kalian menyedarinya dan cuba lakukan yang terbaik untuk anak². Kerana anak² tu span. Mudah menyerap. Didik dan pantaulah sebaik mungkin.

Semoga kalian terus kuat untuk hadapi ujian sebagai ibubapa di zaman serba serbi menakutkan ini.

Nota : Beberapa hari lepas, saya tahan telinga dengar lagu ni dekat radio, semata² nak check sama ada part tu dipotong ke tak. Yup, memang tak potong. Part ni dekat hujung² lagu.

BACA :

Anak masuk ICU, isteri puas nasihat suami jangan hisap vape dekat dengan bayi
[VIDEO] Wanita dedah tak puas buat hubungan intim dengan suami, ‘Saya terpaksa cari orang lain untuk puaskan nafsu saya, jadi ketagih, bertukar-tukar lelaki’
‘Maafkan saya cik, semua duit saya dah masuk dalam tangki motor’, tindakan pegawai JPJ selepas itu sangat mengejutkan