Lepas ni korang beli ayam kena hati-hati, wanita kongsi beli ayam tapi sampai rumah barang lain

Lepas ni korang beli ayam kena hati-hati, wanita kongsi beli ayam tapi sampai rumah barang lain

Krisis ekonomi melanda negara ini menyebabkan ramai terkesan terutama mereka yang sudah berkeluarga.

Memandangkan harga bahan mentah dijual pada harga tinggi, ramai mencuba pelbagai cara untuk berjimat cermat.

Lepas ni korang beli ayam kena hati-hati, wanita kongsi beli ayam tapi sampai rumah barang lain

Begitu juga dengan pengasas tudung muslimah, Annur Nida yang meminta pekerja di sebuah pasar raya memotong ayam mentah yang dibelinya kecil-kecil.

Pekerja itu menuruti saja permintaannya dengan meminta pelanggannya menunggu sebentar sementara dia memotong ayam mentah tersebut seperti diminta.

Disebabkan permintaan untuk memotong ayamnya dijangka mengambil masa lama, dia pun berjalan-jalan dahulu di dalam pasar raya Giant di Kangar, Perlis.

“Sat-sat (sekejap-sekejap) dia tu… dua kali saya pusing tempat sayur. Tak siap-siap lagi dia potong ayam.

“Nak kata dia sibuk, tak ada orang lain pun beratur nak beli ayam. Masa ni Adwa (anak) ikut. Dia pun jenuh tunggu ayam dipotong tu siap.

“Tapi tak apalah. Saya sabar menunggu. Dekat 10 hingga 15 minit macam tu akhirnya dia beritahu sudah siap dipotong,” tulis Annur Nida di Facebook.

Menurut wanita itu, pemuda dalam lingkungan usia sama dengan adik bongsunya itu kelihatan tersenyum tapi dalam keadaan takut-takut saat menyerahkan plastik ayam yang telah siap dipotong.

“Terangguk-angguk budak pemotong ayam tu. Muka nampak gaya macam umur adik bongsu saya je. Senyum tapi macam takut-takut,” katanya.

Setelah memeriksa plastik yang dihulurkan, ayam sememangnya dipotong kecil, betul-betul seperti yang diminta.

Namun, pada masa itu saiz ayam bukan lagi menjadi perhatiannya sebaliknya perkara lain.

“Balik rumah, masa keluarkan ayam dari plastik, memang betul-betul kecil ayamnya tu dia potong.

“Saya pun beritahu suami, abang rasanya budak kerja potong ayam tu budak baru, kecil benar ayam kita kali ni, lepas tu bersih. Lemak-lemak tak ada sangat,” katanya menceritakan kepada suami.

Paling membuatkan dia teruja apabila dia terjumpa kaki ayam yang sudah dibersihkan.

Dia memuji keikhlasan pemuda ini bekerja malah menganggap dia seorang yang rajin membantu ibunya di dapur.

“Tiba-tiba, saya terjumpa kaki ayam. Wah! Dua pasang kaki ayam bersiang elok siap tak ada kuku dan tapak kaki ayam. Teruja betul saya.

“Bagus budak tu, rasanya dia biasa tolong mak siang ayam. Memang terbaiklah adik yang potong ayam tu. Mudah kerja saya itu hari.

“Okaylah, nak pergi beli ayam. Harap adik itulah yang potong ayam senang kerja saya,” ujarnya lagi.

Hantaran tular itu yang menunjukkan foto kaki ayam dipotong bersih turut mendapat pujian netizen.

Malah, ramai turut berkongsi pengalaman mereka ketika membeli ayam di pasar raya sebelum ini.

BACA JUGA:

Syahmi Sazli reda bisnes diboikot sebab bersuara isu air Kelantan

PN perlu sekat gelombang hijau – Rafizi

PM Anwar rancang buka sekolah untuk anak golongan paling miskin