Liverpool mudah tundukkan Leicester

Liverpool mudah tundukkan Leicester

Liverpool menambah keyakinan menjelang musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila merekodkan kemenangan bergaya 4-0 ke atas Leicester City dalam aksi pramusim, hari ini.

Jaringan yang dihasilkan Darwin Nunez, Bobby Clark dan Diogo Jota dalam tempoh lapan minit memastikan mereka mendahului 3-0 sebelum rehat.

Liverpool mudah tundukkan Leicester

Ben Doak kemudian menanduk masuk gol keempat pada pertengahan babak kedua untuk melengkapkan kemenangan di Stadium Nasional.

Berbaki dua minggu sebelum Liverpool memulakan kempen EPL di Chelsea, pengurus, Jurgen Klopp boleh membuat persediaan terbaik untuk pasukannya.

“Kami memiliki banyak detik yang baik, tetapi kami boleh melakukan lebih baik lagi,” kata pengendali dari Jerman itu.

“Sudah tentu saya gembira, keputusan yang bagus. Tiada pemain cedera, hanya kecederaan ringan dan atmosfera sebelum serta selepas perlawanan bertaraf dunia.”

Liverpool akan menentang Bayern Munich dalam satu lagi perlawanan persahabatan pramusim di Singapura, Rabu ini.

Leicester yang tersingkir dari EPL, musim lalu pula akan kembali ke England dan memulakan kempen Liga Kejuaraan menentang Coventry City, Ahad depan.

BACA JUGA:

Kerajaan tambah baik sistem tenaga solar Sabah, Sarawak

Pasangan miskin tiba-tiba pakai iPhone 14, rupanya kantoi jual bayi sendiri berusia 8 bulan

Shakilla Khoriri beri penjelasan foto didakwa berzina bersama suami orang