‘Majoriti orang pencen dalam keadaan hutang yang masih ada. Ada yang pencen langsung takde savings dalam bank’

The Automatic Millionaire: Savings

Aku adalah peminat buku yang ditulis oleh David Bach. Ada 11 buku dia tulis tentang financial management, retirement plan, savings plan, investment plan, dont retire broke dan seumpamanya.

Tak dapat buku baru, aku beli yang second hand pun. I dont want to miss the golden lesson yang tak diajar di mana2 sekolah ataupun universiti.

'Majoriti orang pencen dalam keadaan hutang yang masih ada. Ada yang pencen langsung takde savings dalam bank'

Nak tulis sikit my review dari buku ni (part by part) ya. David tanya soalan pada audience dia masa financial seminar, ‘berapa lama dah you kerja?’ Ada yang jawab, 10 years, 15 years, ada yg jawab 27 years.

David tanya lagi, berapa dah you simpan sepanjang you keje tu? Most jawab we have less than $1,000 dollar savings. We still living payheck by paycheck David.

Nak menyimpan macamana nya. Gaji pun cukup cukup jer ni. Marah nau participant seminar dia. Economy teruk, disuruhnya menyimpan.

David pun tanya lagi, you spend beli kopi tak? You spend beli rokok tak? Kalau you beli kopi, you ada beli benda lain lagi tak masa beli kopi tu?

Muffin? Cake? Roti? Berapa you spend sehari on benda benda macam tu? So sorang minah ni jawab,

Kopi – $3.50 +- RM15

Muffin – $1.50 +- RM6.50

Tu baru pagi, sebelum mula keje. Lunch lain pulak. Masa lunch you minum air kosong atau juice? Jawapannya juice lah. You ada makan sushi king? Mcdonalds? Kfc? Starbuck? Berapa kerap?

Dan semua audience agree utk hidup lebih bahagia, memang kita spend semua tu. Kerja buat apa penat penat kalau nk makan pun berkira kan. Yes TRUE.

Issue is, kita plan betul betul utk hari tua tak? Kita yakin bila hari kita retire (kalau panjang umur), kita retire rich? Maksudnya retire yang cukup dari segi kewangan.

Atau adakah kita retire dengan hutang masih banyak dan segala duit duit kita dapat (end of service benefit) tu digunakan utk bayar segala hutang hutang?

Percayalah, data statistic orang pencen seluruh dunia, majority pencen dalam keadaan hutang yang masih ada. Ada yang pencen langsung takde savings dalam bank.

Ada yang umur 50 tahun, tapi takde savings pun dalam akaun. Masih hidup as rat race (maksudnya hidup yg masih menunggu hari gaji). Sounds bitter kan, tapi ini realiti yang berlaku.

Kita tak boleh blame the government 100% kalau kita retire broke. We are what we are. Kita kena plan. Cari buku buku yg bermanfaat on how do we plan for retirement.

Buku David Bach ni paling simple. Simple lagi dari buku Robert Kiyosaki yang menulis ttg Retire Rich, Retire Young & Poor Dad Rich Dad. Dua author ni memang good to follow.

Menyimpan ni tak perlu banyak. Kita kerja 15-20 tahun. Berapa savings kekal + cair yg kita ada yang kita sendiri simpan? Cek dalam akaun kita ‘eh betul lah, aku dah kerja 20 tahun, xde pun savings ni’.

In fact kalau ikut compounding interest with 5-6% lah return (minimum), dengan simpan RM150 sebulan pun, dah boleh ada RM60,000. Tu minimum.

Even kalau tak letak kat mana2 investment unit pun, simpan sendiri2 pun boleh ada RM36,000 dah. Issue is, kita dah keje 20 tahun, ada tak byk tu? Takde sbb kita always ada reason kita utk guna duit.

Kita akan kata, mati nanti xde masuk kubur duit tu. Betul. Tapi kalau kita boleh ada habit menyimpan macam tu secara berdisiplin, kita puas hati tak dengan diri kita? Surely kita akan kata, yes, betul.

Sepatutnya financial education ni wajib ada di sekolah sekolah & institusi pengajian tinggi. I am not unit trust consultant ya kawan kawan. Just nak bgtau, something yang doable tapi kita tak buat.

Lets do savings.

Imagine anak kita dah umur 10-15 tahun sekarang, ada kita simpan utk mereka?

I selalu inspired dgn sorang kawan i masa di uia dulu, masa dia masuk universiti, dia ada duit dalam RM18,000 yang ayah dia kata, tu duit belanja sepanjang dia belajar di universiti.

Ayah dia simpan masa dia kecik sampai la dia masuk matric umur 18 tahun. Ayah dia simpan x sampai 100 pun sebulan. Dont we do the same? Anak kita umur berapa dah skrg?

Lets change the habit, my dear friend.

BACA :

Siapa nak melancong ke Korea boleh ambil pengajaran kakak ni, ‘Sampai airport Incheon 5.30pm, 7.30am esoknya dah kena balik Malaysia’
‘Nak cerita sikit kat hampa budak-budak baru nak kenai dunia ni. Cina mana yang sewa bendang Melayu 100-200 relong? Nak tengok sikit’
‘Masa tengah periksa kenderaan, tiba-tiba member bagitau, tengok sana tu, dia tukar pemandu, mesti tak ada lesen’”