Malaysia jadi pilihan bintang Running Man untuk bercuti bersama keluarga

Malaysia jadi pilihan bintang Running Man untuk bercuti bersama keluarga

Siapa sahaja yang tidak mengenali Ha Dong-hoon, bintang Korea Selatan yang popular menerusi rancangan realiti Running Man. Ha Dong-hoon atau lebih dikenali sebagai Haha terkenal dengan perwatakannya yang ceria dan seperti keanak-anakan di dalam kaca televisyen.

Terbaharu, isteri Haha yang juga seorang penyanyi, Byul, mengumumkan bahawa mereka sekeluarga telah merancang untuk bercuti ke Malaysia buat kali pertama pada musim panas ini. Bagaimanapun, lokasi percutian tersebut tidak didedahkan pasangan ini kepada umum.

Malaysia jadi pilihan bintang Running Man untuk bercuti bersama keluarga

Pada 3 Ogos lalu, Byul telah memuat naik satu video di saluran Youtube miliknya dan berkongsi bahawa dia ingin pergi mengambil gambar pasport buat anak-anaknya. Menerusi video tersebut Byul berkata:

“Dream, Soul dan Song berkumpul untuk mengambil gambar pasport, sebagai persiapan untuk percutian musim panas pertama mereka. Saya bercadang untuk pergi ke Malaysia bersama anak-anak saya.”

“Dream dan Soul sudah mempunyai pasport, tetapi Song belum lagi. Kami akan pergi ke studio berhampiran rumah untuk mengambil gambar pasport untuk kanak-kanak di situ.”, ujar Byul.

Rata-rata peminat menjangkakan mereka akan bercuti di Sabah kerana lokasi pelancongan di sana popular dalam kalangan rakyat Korea Selatan.

Nampaknya rakyat Malaysia berpeluang untuk berjumpa dengan keluarga comel ini!

BACA JUGA:

Mangsa mengadu sakit dan tidak boleh tidur sehingga pagi – Guru celup tangan pelajar dalam air mendidih

Tular seorang pemandu bangsa Cina 71tahun baca Surah Yasin “Uncle… Saya pun tak hafal surah Yasin,” – Netizen

7 petua orang zaman dulu cuci kerang hanya guna bahan semula jadi