Malaysia tersenarai negara ke empat ‘Polis paling rasuah di Asia Tenggara’

Sesebuah negara itu hancur dan tidak stabil apabila wujudnya sebuah sistem yang tidak adil dan berakarkan dengan rasuah.

Terbaharu, melalui perkongsian sebuah laman Facebook Southeast Asia Stats, Malaysia nampaknya berada di tangga ke empat dalam senarai polis paling rasuah di Asia Tenggara dengan markah 7.11.

Malaysia tersenarai negara ke empat ‘Polis paling rasuah di Asia Tenggara’

Berada di tangga pertama adalah Indonesia dengan skor sebanyak 7.56, diikuti oleh Thailand, Filipina dan Malaysia. Jiran kita, Singapura pula berada di tangga ke 7 dalam senarai Asia Tenggara.

Difahamkan bahawa senarai ini dikeluarkan oleh IndexMundi, sebuah laman yang mengumpulkan data dan fakta sebagai rujukan orang ramai.

Bagaimanapun, senarai ini turut dipersoalkan kebenarannya kerana tidak memasukkan Brunei, Laos, Myanmar dan Timor Leste di dalam senarai polis paling rasuah di Asia Tenggara.

Tambahan pula, pada 2017, Forbes telah menyenaraikan Myanmar sebagai negara kelima dalam senarai pegawai polis paling rasuah di Asia.

“Walaupun adanya Undang-undang Pencegahan Rasuah 2013, kira-kira separuh daripada responden percaya bahawa kebanyakan atau semua polis korup, dan 40% percaya badan kehakiman juga korup.”

Melalui senarai ini, terdapat reaksi pelbagai oleh pengguna netizen. Ada yang mempersoalkan adakah senarai ini benar, manakala sebahagian lagi mengucapkan tahniah kepada negara mereka.

Even with that index, we’re still suffering. From lack of government aid to lack of education. We also got left behind even in the city itself. Imagine living in a city but internet coverage still can’t have a stable 4G network

— As you can see, I (@bukanbeshe2) September 15, 2022

Singapore in a league of their own. We must strive to achieve their level of a “clean” and corruption free force.

— AbahAtok (@zainisaari) September 15, 2022

Indon & Filipina aku percaya, sebab mmg sadis2 “style” dia. Tapi Thailand aku was2 sikit, sebab majority dorang kalau masuk komuniti miskin, toleransi dorang tinggi.

— Norhisyam Hasim (@frankrxII) September 15, 2022

BACA :

Ini cara set “legacy contact” untuk pengguna Iphone, waris boleh akses akaun jika pemilik meninggal dunia
‘Sebab apa rumah dia boleh kena lelong? Padahal penyewa bayar ‘ontime’ setiap bulan. Rupa-rupanya ini punca sebenar..’
Ini rahsia sebenar Michael Jackson buat pergerakan ikonik ‘antigravity tilt’