‘Man, kau antara anggota saya yang terbaik Man. Kau tahu apa salah isteri kau?’

“Sayang, janganlah selalu update tik tok pasal abang. Abang tahu, saya seronok Dan bangga dengan abang. Tapi itu lah. Nak cakap pun tak tahu macam mana. Sayang up sikit-sikit tak apa.” Rayu Kpl Leman.

“Abang ni. Kenapa? Tak suka ke? Saya post bukan pasal operasi ke apa ke. Saya cuma post doa saya. Betapa bahagianya saya.” Bentak Syakila.

Syakila Dan Kpl Leman merupakan pasangan yang baru sahaja bernikah. Syakila merupakan seorang pemengaruh media sosial. Dia sering memamerkan kecantikannya Di media sosial.

'Man, kau antara anggota saya yang terbaik Man. Kau tahu apa salah isteri kau?'

Kpl Leman Pula merupakan seorang anggota tentera yang berkhidmat Di bawah Rejimen Renjer DiRaja.

Kpl Leman mula mengenali Syakila Sewaktu dia sering melihat telatah gadis itu Di media sosial.

“Bukan, ya abang faham. Sayang berniaga online. Kena selalu post Dan update status. Cumanya sayang kurang Kan sedikit content pasal abang. Boleh?

Bukan apa sayang. Abang malu. Kawan-kawan perli abang. Kata mereka bersemut sangat!’ Kpl Leman Cuba memujuk isterinya.

“Biarlah bersemut. Mereka tak bahagia. Saya bahagia. Biarlah?” Balas Syakila.

Kpl Leman hanya tersenyum. Dia mengambil Barey lalu menuju ke muka pintu.

“Abang gerak dulu Yang. Masak apa Malam ni?” Soal Kpl Leman.

“Ok bang. Mungkin ayam masak kicap. Abang ok Kan?” Soal Syakila.

“Sedap Tu. Abang pergi dulu. Assalamualaikum!” Ujar Kpl Leman.

“Waalaikumsalam!” Balas Syakila.

Kpl Leman menghidupkan enjin motosikalnya. Dia terus menuju ke lokasi untuk baris pagi.

Setelah selesai sesi baris pagi, Kpl Leman dipanggil oleh OC.

“Man, apa ni man?” Soal Kapten Mutthu sambil menunjuk telefon bimbit kepada Kpl Leman.

“Tuan,” Kpl Leman mengambil talifon bimbit itu lalu melihat satu video.

Kelihatan video itu adalah video isterinya.

“Isteri saya ni tuan.” Ujar Kpl Leman.

“Ye, saya tahu man. Kau dah tengok video ni?” Soal Kapten Mutthu.

“Belum.” Balas Kpl Leman.

Kpl Leman memerhati video tersebut sehingga habis.

“Aduh. Allahuakbar. Maaf tuan!” Ujar Kpl Leman.

“Man, kau antara anggota saya Yang terbaik man. Kau tahu apa Salah isteri kau?” Soal Kapten Mutthu.

“Tahu tuan. Dia tak patut cerita tentang kesedihan para isteri tentera yang ditinggalkan. Dan dia Pula Ada sebut mengenai Pergerakan. Saya minta maaf tuan!” Ujar Kpl Leman.

“Saya tak marah kau man. Saya cuma tegur. Tegur lah isteri kau. Saya Rasa CO belum tengok lagi video ni. Anggap ini teguran dari abang ke adik. Saya kenal kau dari habis rekrut.

Masuk ke sini Dan nak kahwin pun saya sendiri yang memujuk CO untuk sokongan perkahwinan kau. Saya tahu kau boleh Jaga syakila dan fahamkan dia!” Balas Kapten Mutthu.

“Saya terima nasihat dan teguran tuan. Sekali lagi, saya Minta maaf!” Ujar Kpl Leman.

“Sudah. Malam ni futsal? On?”. Soal Kapten Mutthu.

“On tuan.!” Balas Kpl Leman.

Malam itu Kpl Leman Dan beberapa anggota lain turun ke gelanggang futsal. Ada yang membawa pasangan Dan anak kecil. Kompleks sukan didalam Kem itu sangat mesra keluarga. Ada kawasan santai untuk anak kecil bermain.

Syakila seperti biasa. Tidak melepaskan peluang untuk ikut. Dan dia merekod perlawanan futsal itu. Baginya itu adalah Salah satu content yang harus dia upload.

Manakan tidaknya ramai rekrut muda yang segak turut bermain.

Video yang direkod Syakila berjaya mencampai jutaan penonton. Para gadis mula menulis Komen. Video tersebut turut dikongsi ke seluruh pelusuk tanah air.

Sebulan selepas itu.

“Sayang. Abang kena masuk operasi minggu depan. 2 bulan setengah. Sayang nak balik Kampung atau duduk sini?” Soal Kpl Leman.

“Kat mana bang?” Soal Syakila.

“Entah. Tak tahu. OC suruh standby je. Jangan banyak Tanya dia cakap.” Balas Kpl Leman.

“Humm. Kalau macam Tu. Saya balik Kampung lah bang. Lama Tu.” Balas Syakila.

“Ikut sayang. Abang tak paksa.” Balas Kpl Leman sambil tersenyum.

Di Hari Pergerakan.

“Abang, senyum.” Ujar Syakila sambil mengambil gambar suaminya yang segak memakai uniform.

Kpl Leman hanya tersenyum melayan merendah isterinya.

“Nasib isteri tentera. Sering ditinggalkan!” Syakila meletakkan tajuk pada videonya. Ditambah Pula lagu-lagu sedih.
Video itu berjaya menarik perhatian jutaan penonton.

Ramai yang memberi komen Dan kata-kata semangat. Syakila berasa sangat seronok. Videonya sekali lagi menjadi perhatian seluruh tanah air.

Syakila tersentak apabila membaca satu komen.

“Ala, pergi kursus je pun. Gelabah!”

Syakila berasa sangat marah. Baginya itu adalah satu penghinaan.

Syakila kemudiannya membalas dengan menulis.

“Pergi kursus pun tetap fikiran berkhidmat untuk Negara. Dari awak. Tengok profile pun macam penagih.” Balas Syakila.

Komentar Syakila mendapat ribuan like. Ramai yang memberi sokongan kepada Syakila.

Keesokannya hatinya Syakila sekali lagi upload sebuah video. Video suaminya memanjat trak 3 tan.

“Kalau tak mampu berkahwin dengan kerjayanya, jangan mimpi inginkan suami tentera”.

Video menunjuk segala peralatan dan bahan letupan dimuat Naik kedalam Trak.

“Usih, nak pergi perang ni!” Komen dari Salah seorang penonton.

“Ah sudah, Malaysia nak perang dengan siapa?” Muncul Komen kedua.

Video ini turut menjadi video viral. Syakila tetap berasa bangga. Baginya apa yang dia buat adalah untuk memberitahu dunia bahawa dialah wanita paling beruntung bersuamikan seorang Askar.

Malam itu, CO memanggil Syakila. Syakila dijemput oleh Leftenan Zulaika. Pengawai Tadbir unit.

“Syakila, kau tahu apa kau dah buat?” Soal CO Dalam nada marah.

“Tuan, apa Salah saya? Apa yang saya dah buat?” Soal Syakila Dalam keadaan blur.

“Kau tunggu sini sampai MP sampai. Aku tak tahu macam mana nak jawab. Kau buat kau tanggung. Kalau ikut hati Aku memang Aku lempang kau sampai mati!” Jergrah CO.

Syakila terkejut besar. Dia terus menangis. Dia belum pernah dimarahi begitu.

Suasana Kem mulai sibuk. Syakila tidak mengerti. Dia cuba bertanya kepada Leftenan Zulaika namun pegawai tadbir itu hanya mendiamkan diri.

Syakila dibawa ke markas bridged. Dia dipanggil untuk soal siasat. Syakila semakin takut. Dia menangis. Talifon bimbit dirampas. Syakila langsung tidak diberikan hak until bertanya.

Hampir 8 jam Syakila duduk Di bilik siasatan. Dia hanya diberikan Makan Dan minum serta waktu untuk rehat.

“Syakila. Ikut saya!” Ujar seorang pegawai wanita.

“Kemana puan?” Soal Syakila.

“Hospital!” Balas pegawai wanita itu.

Syakila tidak membantah. Dia terlalu penat. Jadi dia hanya menuruti.

Dari jauh kelihatan penuh dengan kereta tentera Di pekarangan hospital. Dan semakin dia menghampiri jabatan forensik semakin ramai Pula pegawai Dan anggota memakai songkok Dan bush jacket.

“Allahuakbar. Siapa meninggal puan?” Soal Syakila.

Pegawai wanita itu tidak membalas.

Sebaik sahaja Syakila turun, semua hadirin memandang Syakila. Syakila berasa bingung.

“Puan Syakila?” Soal pegawai forensik.

“Ya saya” balas Syakila.

“Jemput masuk untuk buat pengecaman jenazah suami!” Balas pegawai forensik itu.

Syakila serta merta lemah lutut. Dia tidak percaya dengan apa yang diperkatakan oleh pegawai forensik itu. Syakila pengsan. Dia diusung oleh jururawat.

Di markas operasi briged.

“Musuh serang sebaik sahaja konvoi tiba Di pintu Kem. Target pertama mereka adalah trak bahan letupan. 2 buah trak musnah serta merta. 25 anggota mati ditempat kejadian.!” Jelas CO kepada Panglima Bridged.

“Macam mana mereka tahu Pergerakan? Dan lebih tepat. Mana mereka tahu trak mana satu bawa bahan letupan.?” Soal Panglima Bridged .

“Video tik tok! Salah seorang isteri anggota telah upload video anggota loading senjata Dan bahan letupan. Jelas dengan no pendaftaran kenderaan!” Balas CO.

“Allahuakhbar. Bodoh! Mana perempuan Tu!” Panglima Briged marah.

“Dia kat hospital. Pengsan ketika ingin membuat pengecaman jenazah.” Balas CO.

“Suaminya terkorban sekali?” Soal Panglima Bridged.

“Tuan, berkecai. Kita terpaksa mengutip sisa Dan cerbisan mayat!” Balas CO.

“Tiada yang menegur ke sebelum dia upload? Mana Risik? Tak dapat pantau ke? Sampai dah mati macam ni?” Soal Panglima Bridged.

“Video itu viral sebelum sempat intel padam!” Balas CO.

25 orang Perwira gugur sebelum sempat bertempur. Mereka gugur akibat serang hendap sekumpulan pendatang asing tanpa izin yang sering menjadi tekong membawa masuk rakyat asing. Mereka juga sering menyeludup senjata api.

Mengikut laporan, mereka yang menyerang hanya berkekuatan 4 orang namun mereka berjaya membunuh 25 orang kerana tembakan pelancar roket mereka tepat ke trak bahan letupan.

Syakila dibicarakan Di mahkamah tentera Dan awam. Dia kemudian didapati bersalah kerana mendedahkan rahsia tentera. Syakila dihukum penjara 20 tahun.

Ini adalah fiksyen!

BACA :

Ini puncɑ lipɑn boleh wujud dɑlɑm rumɑh. Rɑmɑi tɑk ambil tahu
Ramai tak tahu Pahang negeri paling sukar ditakluki British
‘Acik, boleh tak saya dapat nasi percuma hari ni? Mak tak balik lagi, lapar. Duit tak ada’