Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hi and hello,
Saya bukan ada masalah rumahtangga tapi dibesarkan dalam broken home.
Mak dan abah kahwin muda. Awal perkahwinan, mak yang bekerja.
Abah duduk di rumah jaga anak anak sampai lah usia perkahwinan ke 12 tahun.
Business abah succeed dan abah mintak mak resign dari kerja (gov).
Semasa mak pregnant abang saya 7 bulan, Mak dibelasah oleh abah sebab kantoi ada penyondol. Mak jumpa bra and panties si penyondol di kondo mak abah.
Mak dibelasah, mak contraction and drive ke hospital sorang sorang dan beranak.
Abah tak jenguk mak, abang abah (abang ipar mak) yang pergi azankan abang saya.
Kemudian masa discharged pun mak masih drive balik ke rumah.
Abah tak balik few days selepas tu.
Setahun lepas tu abah kawin dengan penyondol.
PPenyondol masih bini orang masa kantoi di kondo, cerrai khuluk dengan ex husband. Abah saya bayar berpuluh ribu untuk suami si penyondol.
Mak pergi ke Pejabat Agama setelah dapat tahu abah kawin secara sah di Malaysia tapi tanpa persetujuan mak.
Pegawai pejabat agama halau mak saya. Kemudian mak jumpa details pegawai pejabat agama tu disogok oleh abah. May he burn in hell.
Dan setahun lepas tu penyondol pun pregnant.
Kemudian, mak pregnant lagi, kat saya. Sebabkan mak stress, mak makan pil untuk gugur, makan nenas, minum Coke.
Tapi kuasa Allah Alhamdulillah saya sihat sampai sekarang.
Semasa saya kecik, my childhood sangat sangat tak best.
Semasa saya umur 5 tahun, pernah saya jumpa doll dalam kereta abah. Tapi abah marah saya cakap tu doll anak anak mak muda punya.
Di kampung, cikgu cikgu memang kenal abah dan mak saya.
Tapi tiap kali saya nak bantuan buku teks, cikgu cikgu akan cakap “anak orang kaya pun nak pinjam buku?”
Kawan kawan pulak “mak aku cakap mak dia tak pandai jaga laki sebab tu abah dia kawin dengan artis”
Saya pergi sekolah comot. Abah memang tak bagi duit dekat mak. Apa kami buat?
Kami jual buah, nasi lemak, saya beli barang barang dekat town dan jual dekat kawan kawan sekolah di kampung. Cara tu baru dapat benda yang saya nak.
Baju raya? Lagi takda. Anak mak muda? Baju Rocky One, Kili Lala (siapa yang hidup zaman tu akan tau kan brand ni) meanwhile me?
Selipar jamban and baju hands me down.
Kalau kakak abang ada duit, diorang akan beli baju baru untuk saya tapi setahun sekali gitu lah.
Masa saya kecik pun diorang still teenagers tak banyak duit sangat.
Abah jarang balik rumah sebab tinggal di KL bersama isteri muda.
Kemudian semasa masih di sekolah rendah, abah suarakan nak pindah ke negeri yang kami menetap.
Abah juga bercakap dekat pakcik “aku nak tengok anak N (mak saya) atau anak L (mak tiri saya) yang berjaya dan jadi orang.”
Semasa saya kecik, mak akan masak sebab abah akan balik rumah untuk makan saja.
Boleh kata setiap hari abah akan balik rumah, bawak bini muda dan makan bersuap dengan isteri muda sambil meriba.
While mak duk cuci pinggan dan periuk yang masak. Macam bibik bukan?
Pernah saya nampak menitis air mata mak, bila saya tanya mak cakap termasuk air sabun. Tapi saya tak bodoh.
Lepas makan, abah akan balik ke rumah bini muda dia untuk bersenang lenang dan bersuka ria.
Kadang kadang abah tinggalkan anak anak kecik dia dekat rumah mak untuk mak jaga.
Mak? Dia jaga budak budak tu. Bagi makan, mandi, basih berak.
Pernah mak refuse tapi abah mengamuk maki mak betina, b4bi, setan. Semoga syurga jannatul firdaus untuk mak.
Pernah saya mintak untuk naik van ke sekolah sebab letih jalan kaki 1km ke sekolah. Saya mintak lepas 2 beradik sana naik van even rumah dekat dengan sekolah.
Tapi dimakinya saya cakap anak tak bersyukur. Dimakinya mak cakap ajar anak anak mintak bukan bukan.
Lepas dari tu saya tau, saya takkan mintak apa apa dari sesiapa dah. Kalau tak boleh bergantung harap dari seorang abah, apatah lagi orang lain?
Semasa saya darjah 4, mak tiri saya tiba tiba jadi sasau. Pernah saya nampak dia hantuk kepala dia ke dinding.
Masa tu saya ke rumah dia untuk buat homework dengan anak dia. Kebetulan kami sekelas.
Rupa rupanya kantoi abah kawin sorang lagi. Dia kelar tangan sendiri. Sampai abah terpaksa cerraikan yang no 3 tu.
Sekelas dengan anak mak muda lagi tersiksa. Sebabnya, tiap hari isnin dia akan bercerita berjalan ke sana sini dengan abah.
Kemudian bila habis cuti panjang dia akan cerita pergi holiday kesana sini dengan abah.
Beli macam macam benda yang cantik cantik. Saya? Sekali pun seumur hidup tak pernah shopping dengan abah apatah lagi nak mintak apa apa. Saya serik!!
Pernah masa kecik saya tanya mak kenapa tak divorce? Mak cakap takpela, anak mak ramai.
Saya dapat tau dari kakak kakak, abah pernah ugut mak kalau mak mintak cerrai, dia amik segala rumah dan kereta yang ada, dan suruh kami 9 beranak merempat cari mana mana tempat tinggal.
Kejam kan?
Mak takda knowledge pasal harta sepencarian and all. And mak masih lagi teringat disergah dan dihalau dari pejabat agama. So mak biarkan je
Start form 1 memang saya lari pergi tinggal dekat hostel. Sampai ke kolej.
Perangai saya teruk. Tapi Alhamdulillah Allah pertemukan saya dengan lelaki yang bertanggungjawab. 100% berbeza dari perangai abah.
Kadang kadang terdetik rasa cemburu bila suami saya layan anak anak saya dengan baik. Tapi more to rasa bersyukur anak anak saya tak perlu hadap trauma macam saya.
Mesti semua orang ingat hidup mak dan kami dah best kan? Jawapannya tak.
Abah masih puja mak tiri dan anak anak sana. Birthday abah tak pernah kami sambut sekali since 1986.
Pernah tak kami prepare untuk sambut? Too many times walaupun kami tak dilayan, tak diberi duit dan kasih sayang semasa kecil. Kami tetap layan abah dengan hormat.
Abah akan cancel last minutes kalau kami nak celebrate birthday. Kami mampu tengok story ig dan fb anak sana lah upload abah dengan bahagianya celebrate dengan diorang.
Dan abah jugak suka paksa kami adik beradik untuk pergi ke rumah mak tiri.
Pernah kami beli handbag LV, Dior kat mak, tapi abah marah sebab tak beli untuk isteri muda dia sekali.
Baru baru ni pernah tanya mak kenapa tak mintak cerrai? Mak jawab “I’m too old for that. Nak naik turun court mak dah tak larat, mak tunggu dekat sana(akhirat) je”
Sampai sekarang mak masih pujuk kami anak anak supaya forgive and forget.
My heart was terribly broke. Sampai sekarang saya ada trust issues.
To the women out there, love yourself. Jangan makan hati macam mak saya. Sayangi diri anda.
Fikirkan apa yang terbaik untuk diri sendiri.
Untuk lelaki budiman, fikir fikirkan lah. P0ligami memang sunnah tapi apa akan jadi pada isteri dan anak anak anda kalau anda tak berlaku seadilnya.
BACA :