‘Masa umur saya 9 tahun, pernah berborak dengan Arwah Mona sebelum beberapa hari kejadian dia ditangkap’

Panjang ni. Banyak masa terluang bolehlah baca..

Semalam layan Netflix movie Memoir of A Murderer. Padu cite Korea ni. Plot twist bersepah. Kesimpulannya ; seorang pembunoh memang tak sentiasa nampak abnormal.

Mereka bebas bergaul celah-celah kita. Dan aku memang pernah laluinya sendiri. Sebab aku antara orang yang pernah berbual dengan arwh Mona Fandey dan suaminya.

'Masa umur saya 9 tahun, pernah berborak dengan Arwah Mona sebelum beberapa hari kejadian dia ditangkap'

1992 – Aku darjah 3. Baru balik sekolah, nampak depan rumah ada 3 tetamu. Salah seorangnya sangat aku kenali, saudara dekat yg aku panggil Ayah We (Dato’) Mazlan Adun Batu Talam, dan sepasang lelaki dan perempuan 40an.

Abah tok penghulu jadi didatangi tetamu memang kebiasaan kami.

Bertentang mata sekilas lalu sambil bersalam dengan si “aunty bervibekan mak datin ranggi” dan suaminya yg lebih banyak membisu, tak serancak isterinya yang banyak mengemudi perbualan.

Aku memang kepochi dan apa dapat aku tangkap masa pasang telinga adalah mereka ni beli tanah Dato’ M dan nak bermastautin di kampung. Dan kunjungan ni utk maklumkan pada abah selaku penghulu. Tiada yg luar biasa.

Cuma aku yg masa tu 9tahun pun boleh rasa pelik. Beli tanah memang biasa; tapi selalunya orang pindah masuk ; hanya lepas rumah siap kan?

Mereka ni pindah rambo ; datang dengan perabot selori ; park set² kayu jati bawah khemah/pokok sementara tunggu rumah siap bina. Dodgy ; yet no one seems to be alarmed.

Kali kedua bertemu dalam bas. Aku balik sekolah ; arwh MF, suami dan anak mereka duduk belakang sekali. Walaupun pertemuan kat rumah tu hanya beberapa saat, tapi arwh cam aku “Anak Tok Penghulu kan?

Marilah dok ngan aunty!”. Ramah. Asik bercerita itu ini. Langsung tak macam watak yg Umie Aida lakonkan dalam “Dukun”, bomoh bercakap macam berpuisi tu.

Teori aku pada masa tu, mereka lari dari something. Hutang atau mungkin kes dad4h/pelacuran dan sebagainya. Tak terlintas langsung bomoh, apatah lagi pembunoh bersiri.

Dan aku percaya satu kampung pun terkejut bila pagi kantoi tu berbondong² kereta p0lis keluar masuk kampung kami. Berita pun hari-hari tentang “May4t dikerat 18 dijumpai tertanam di rumah tak bernombor, Kg Peruas, Ulu Dong”.

So yes; a serial killer can be easily walking around among us… *Outro OST Sedih Hati – Berilahhhh daku haraapannnnn…”

PAKEJ INTERNET RUMAH MURAH & LAJU TM

BACA :

Ramai tak tahu ini pengarah filem Melayu pertama, orang hanya kenal P.Ramlee
‘Jodoh tak ke mana orang kata, pi mai pi mai tang tu jugak’, Angeline Tan dedah sebab sebenar terima lamaran Sabri Yunus
Ini punca sebenar kenapa banyak rumah yang tengah ‘renovation’ boleh kena sita