Masih ramai yang keliru, ini beza Belanjawan negara dengan RMK

Hari ini PMX bentang Kajian Separuh Penggal RMK-12. Ia akan dibahas dalam sidang ini dan digulung minggu hadapan.

Bagi saya, ada beberapa hal penting yang perlu kita tahu tentang RMK dan hubung kaitannya dengan pentadbiran negara.

Pertama, kita dah ada Belanjawan, apa perlunya RMK lagi?

Masih ramai yang keliru, ini beza Belanjawan negara dengan RMK

Belanjawan ialah rancangan tahunan kerajaan. Apa yang kerajaan mahu lakukan dan dari mana kerajaan akan mendapatkan sumber untuk melakukan perkara tersebut.

Manakala RMK ialah rancangan kerajaan dalam tempoh 5 tahun.

Kedua, lazimnya dalam dokumen RMK tidak dimasukkan belanja operasi sebagaimana dalam Belanjawan.

RMK lebih memberi fokus kepada dasar dan jenis pembangunan yang hendak dibuat, atau penstrukturan semula institusi bagi menjayakan dasar dan pembangunan yang ingin dibuat ini.

Ini akan tercermin pada anggaran penuh jumlah perbelanjaan bagi menjayakan sesuatu RMK.

Kerajaan akan menganggar dlm tempoh 5 tahun nanti berapa kadar pertumbuhan tahunan, berapakah kemungkinan kutipan cukai dan kadar defisit (atau belanjawan berimbang mahu pun lebihan) yg mahu dicapai.

Seterusnya, oleh kerana RMK ini untuk 5 tahun (atau lebih), ia lebih terdedah kpd ketidaktentuan ekonomi. Sebab itu lazimnya seorang pakar ekonomi hanya boleh membuat unjuran berdasarkan formula dan pembolehubah, bukan secara pasti menjamin sesuatu akan/tidak berlaku.

Maka kita boleh lihat dalam RMK-RMK terdahulu, byk perkara tidak dapat dicapai dlm tempoh dirancang.

Ada byk sebab untuk mengulasnya.

Kegagalan sesuatu projek lama siap pada masanya akan memberi kesan kpd perancangan baru kerajaan.

Kos boleh naik. Keutamaan belanjawan terpaksa disalur bagi menyiapkan projek yang lama dulu sebelum dapat melakukan apa yang kerajaan baru hendak buat. Mungkin juga spesifikasi terpaksa dikurangi kerana sesuatu projek itu mengambil terlalu banyak kos daripada projek lain.

Dalam amalan kita, Kajian Separuh Penggal berfungsi antaranya untuk memberi ruang kerajaan menilai keberkesanan projek-projek yg telah diumum atau sebahagiannya telah dijalankan. Ia membuka ruang kpd kerajaan mengubahsuai, memasukkan projek baru atau membatalkan projek lama.

Contoh paling dekat dgn saya ialah RMK-11 bagi negeri Perlis. Sampai skrg byk lagi belum siap. Mungkin ada yg dibatal?

Jika tidak silap saya anggaran peruntukan RMK-11 utk negeri Perlis ialah RM3 billion untuk tempoh 5 tahun. Berapa telah dibelanjakan sehingga 2022?

Apakah halangan2 yg menyebabkan ia lambat? Apakah langkah menambah baik utk mempercepatkannya? Ini perlu diketahui.
Bila projek RMK-11 pun belum siap, maka kita tidak dengar ada rancangan baru utk Perlis dalam RMK-12 dan mungkin RMK-13 juga kerana terpaksa siapkan yg lama.

RMK-11 mensasarkan lebih 12,000 peluang pekerjaan di Perlis. Jika diambil 5 tahun tempoh pelaksanaan, maka lebih kurang 2,400 pekerjaan setahun.

Katakan RMK-12 baru siap. 10 tahun pelaksanaan. Anggaran jadi 1,200 pekerjaan setahun.

Jika masih tidak siap?

Di sinilah kerajaan dituntut lebih peka kerana aliran projek-projek ke negeri-negeri miskin atau kawasan luar bandar yang lambat atau gagal siap sebenarnya menyumbang kepada jurang ekonomi antara wilayah dan negeri dan antara kaya miskin.

RMK ada rolling plan, iaitu berapa wang akan diperuntukkan dari tahun ke tahun untuk projek-projek yg telah dikenal pasti. Setiap RMK lazimnya 5 tahun, maka 5 rolling plan.

Meskipun ada tindakan pembetulan perlu diambil dlm ekonomi, negara kita masih relatif kaya sumber.

Kita selalu dikenali hebat merancang. Jika baca dokumen mmg “Fuh, terbaik!”

Isu kita selalunya pelaksanaan. Ada isu kecekapan. Merentas projek, ada 3 masalah umum yg sama.

1. Aliran tunai syarikat pemaju,

2. Bekalan pekerja mahir, dan

3. Kelemahan pengurusan projek.

Saya yakin ada lagi masalah lain tetapi semasa terlibat dlm Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, itulah yg umum sama.

Tapi saya berpendapat kita cekap mengenal pasti masalah namun kurang fokus menyelesaikannya.

Adakah ia masalah yg tidak boleh diselesaikan? Saya tak fikir begitu.

Mmg cakap lebih senang. Namun membiarkan masalah ini berterusan hanya menambah parah.

Mesti ada pasukan yg fokus menyelesaikan ini.

Ketirisan bukan hanya tentang rasuah. Ia juga adalah ttg kecekapan. Bagaimana pelaburan kerajaan memberi pulangan balik dlm tempoh munasabah.

Ahli Parlimen mesti sedar.

Jangan lepas habis bahas KSP RMK-12, dokumen ini tidak lagi diulang baca.

Teliti, khususnya projek di negeri atau kawasan masing-masing.

Nanti Belanjawan semak dan tanya adakah projek dalam RMK tu dibawa masuk dalam rolling plan Belanjawan itu.

Jika tidak masuk, tanyakan kenapa? Bila akan bermula?

Jangan biar amalan pengumuman hanya sekadar pengumuman.

Kata-kata Menteri adalah dasar. Tidak sama macam berucap di pentas politik yang banyak hanya bersifat pandangan.
Dan jangan hanya itu saja.

Ahli-ahli Parlimen mewakili kawasan dan negeri mesti kritikal melihat masalah dan keutamaan negeri dan negara.

Kalau beras kurang, tanya apa pelaburan kerajaan utk tingkat pengeluaran beras? Di mana negeri kita ada dalam skim ini?

Iklim sejahtera? Apa insentif utk negeri?

Byk dan luas cakupan yg kita boleh berperanan.

Kita masuk pilihan raya bukan utk mencari pemberi bakul makanan terbaik di kawasan Parlimen.

Beri bantuan kpd penduduk mmg bagus. Tapi tugas hakiki kita ialah berfikir dan berbahas.

Kritik. Saran. Hujah. Hentam. Lawan. Undi.

Dan jangan lupa menyokong perkara baik.

Memang dalam sejarah Parlimen sebenarnya banyak dasar dan RUU lulus tanpa undian pun.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kpd pembaca yg meminati persoalan dasar awam.

Bawang Goreng Premium Danok

BACA :

Banglo Mewah Di Kedah Ini Sedia Dilelong Dengan Harga RM11 Juta
Seludup Ribuan Kotak Rokok, Lihat Penguatkuasa Singapura Kopak Kereta Berpendaftaran Malaysia Terlibat
Mirip Arwah Siti Sarah, Raisuddin Sanggup Redah 7 Jam Perjalanan Untuk Berjumpa Adik Miza