Meninggal selepas bagi ceramah sempena Maal Hijrah, rupanya ada sesuatu yang berlaku

Meninggal selepas bagi ceramah sempena Maal Hijrah, rupanya ada sesuatu yang berlaku

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Johor (JAINJ), Mustafa Omar, meninggal dunia selepas memberi ceramah subuh sempena Sambutan Maal Hijrah di Masjid At-Taqwa Taman Utama Pulai, di sini, hari ini.

Difahamkan, beliau pulang ke rumah selepas menyampaikan ceramah itu berikutan mengalami sesak nafas.

Meninggal selepas bagi ceramah sempena Maal Hijrah, rupanya ada sesuatu yang berlaku

Pengarah JAINJ, Jamaludin A Hamid ketika dihubungi berkata, Allahyarham yang berusia 51 tahun dilapor menghembuskan nafas terakhir pada jam 9 pagi, dipercayai akibat serangan jantung.

Beliau berkata, jenazah Allahyarham kemudian selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, Muar.

“Allahyarham adalah seorang yang baik keperibadiannya, dan sudah berkhidmat selama 26 tahun. Beliau masuk kerja sama dengan saya pada 1997.

“Allahyarham adalah seorang yang berilmu dan berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal sejak kira-kira enam tahun lalu. Beliau memang mahir dalam bidangnya,” katanya.

Terdahulu, Allahyarham menyelesaikan tugasan menyampaikan ceramah subuh sempena Sambutan Maal Hijrah di Masjid At-Taqwa Taman Utama Pulai yang disiarkan secara langsung melalui Facebook masjid itu.

Pada akhir ceramahnya, Allahyarham sempat berpesan mengenai kematian dengan menyatakan ia pasti akan berlaku, dan tidak perlu berbangga dengan harta dikumpul kerana hanya amal ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.

BACA JUGA:

3 filem Nordin Ahmad yang korang mesti pernah tengok! Rupanya ada kisah disebaliknya

9 fenomena pelik & luar biasa yang korang tak tahu pun wujud! – “Air sungai warna pink?”

Pearly Tan catat rekod baru pukulan ‘smash’ paling laju ketegori wanita di Guinness World Records