Penapis air Coway aku ni dah hampir 8 tahun usia dia… Ni jenis air RO bukan air mineral… Air dia sedap sikit…sempat pakai 5 tahun je..
Dan dah hampir 3 tahun tak guna dan terperap kat dapur sebab kontrak dah habis..dan aku tak sambung service tuk tukar filter ..but dia still suruh kita sambung kontrak kalau perlukan service dan new filter cateridge…
So bila kita nak beli filter cateridge dan pasang sendiri, coway kata tak boleh.. Depa tak jual.. Kalau nak jugak.. Nak kena ikat lagi kontrak setahun dgn bayaran rm600….
Perggh.. Menyirap betol dengar…machine dah habis byr.. Suka hati kita lah nak sambung ke tak.. Sebab tak de keperluan tuk sambung kontrak kerana kita sendiri boleh tukar filter tu.. Kenapa nak bayar lagi…?
Mahal pulak tu….
Aku ni nama je budak IKM.. tapi otak Engineer… Bab engineering dan modification ni.. Memang aku suka… Mesin basuh kat rumah rosak.. Aku repair.. Jadi ok.. Kipas angin siling tak pusing..
Aku repair sendiri, sekarang dah pusing…tv rosak Repair sendiri….wiring electrical repair sendiri… Last last 3 hari lepas, bukak cover machine COWAY ni..
Tengok apa jenis filter cateridge dia pakai.. Rekodkan dgn phone kedudukan filter, sambungan nya… Make sure in out air tu betol…
Check kat shoppe, terus beli aftermarket kat shoppe..3 hari barang sampai, terus Pasang, saluran air tu pun beli kat kedai je..dan ON…
Alhamdulillah… Setel masalah… Sejuk dan panas still ok walaupun dah 3 tahun tak ON. Ambil sample air, gi bawak test tuk check tahap RO… still ok….
Rupenya filter cateridge ni.. Mana mana brand lebih kurang same jeeee…. Emmphh… So pahni.. Korang beli kat shoppii jeee.. Belambak ada… Cowey ke.. Cukoo ke.. Cinonet ke…. Cari kat aftermarket jeee…
Ni kang.. Ada budak COWAY NGAN CUKCOO marah aku kang…. Lantak laaaa… Aku memang hangin dah lama dah…..janji masalah aku setel..
Korang tak nak jual kat user!! Aku cari yang aftermarket… Apa ada hal… Bukan susah pun… Boleh pakai gak…
Hahahahaha… Pandai pandailah korang nak hidup ya…
Tapi kes ni sesuai untuk orang yg dah habis bayar dan tamat kontrak.. Machine tu dah jadi hak milik kita… Kalau masih ada kontrak, teruskan mcm biasa dan byr sampai habis sepertimana kontrak tu…
Soalan samada aftermarket boleh pakai atau tidak, ori atau tidak… ia tidak menjadi persoalan kerana itu sahaja pilihan yang kita ada…
Habis tu tak kan nak buang pulak machine tu..betol tak?… Ini isu filter cateridge je pun…
Terpulang pd tuan tuan dan puan puan..
The decision is yours.
To continue with COWAY is OK
Not continue with COWAY also OK and this is my choice…because I LOVE RE-ENGINEERING.
BACA :