Ujian Pertunangan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hi semua. Saya nak meluah, saya kecewa dan sedih.
Saya tak nak meluah dekat kawan kawan sebab bab ni aib family masing masing. Nak meluah dekat mak ayah diorang dah tahu saya tengah sedih, saya taknak lagi bebankan diorang.
Saya berasal keluarga T20, manakala mertua saya B40.
Tunang saya baru bekerja berapa bulan, masih nyawa nyawa ikan lagi.
Keluarga saya dan saya sangat peka bab manage duit, supaya tak overflow dan berlaku pembaziran.
Tunang saya pula seorang yang sangat baik dan lemah lembut. Family saya memang sayang sangat dekat dia, sebab dia seorang pendiam, pemalu dan sangat menghormati orang tua.
Dia memang tak ada kawan perempuan langsung, socmed pun tak ada. Saya pilih dia sebab saya tahu dia boleh didik saya jadi orang lebih baik, lebih mendekati kearah agama.
Kitaorang dalam fasa tunang, saya tahu ini ujian cuma saya nak meluah, sebab sedih tak tertanggung.
Kitaorang masih dalam fasa tunang tau dan target bertunang dalam masa bulan puasa sebab dia susah cuti, dan baru bekerja so nak jaga la sikit kan.
Keluarga mertua saya jenis tak manage bab kewangan.. Apa apa semua tunang saya kena bayar.
Kadang kadang majlis keramaian keluarga makan makan dekat restoran, tunang saya taknnak ikut tapi diorang paksa. Tup tup dia kena bayar semua.
Kitaorang satukan majlis (belah side saya) sebab saya tahu tunang saya masih kerja dan tak ada duit. Duit ada untuk hantaran dan ada simpanan sikit.
Mak dia nak buat kenduri grand grand (budget mungkin dalam 20k) belah dia.
Tunang saya tak ada duit dan tak nak, sebab dia pun tahu kemampuan dia dan keluarga dia.
So ayah saya masuk campur dan cakap nak gabung majlis, sebab majlis side saya kitaorang buat sederhana dan ayah bawa keluar duit.
Ayah saya taknak kitaorang hidup susah lepas kahwin gara gara bayar hutang kerana nak kenduri grand side dia.
So bila gabung majlis ni, apa apa salah pun nanti side saya yang nampak. Saya sedih sangat sebab mak dia cakap semua nak kena ikut ayah saya.
Dari awal call bincang pun mak dia macam perli, kitaorang ajak bincang ramai ramai tapi mak dia kata macam kami ajak gaduh.
Ayah saya banyak mengalah dan bawa keluar duit. Ayah saya sponsor tempat buat kenduri, sponsor homestay semua.
Untuk gabung kenduri diorang perlu bawa keluar duit untuk makanan dan goodies side diorang. Total tak sampai 4k, manakala side kitaorang bawa keluar berbelas k.
Tunang saya baru kerja dekat KL, so menyewa flat la sebab nak mula dari bawah.
Duit depo 1k ayah saya bagi, duit beli perabot tilam dalam rumah semua ayah saya bagi. Sebab kesiankan tunang saya kalau tidur atas lantai.
Tunang saya dan saya dah berapa kali menangis bila diuji macam ni.
Dia banyak kali minta maaf dari side dia. Saya kadang kadang bergaduh jugak tapi deep heart saya tahu saya tak leh salahkan dia, dia diuji dengan parents dia.
Baru baru ni imam takleh akad nikah pada tarikh yang ditetapkan.. Imam suruh ubah tarikh 2 minggu lebih awal.
So kitaorang bincang dengan side sana. Baru nak bincang dia kata semua benda kena ikut ayah saya.
Dia malas nak gaduh gaduh seolah mak dia mangsa keadaan, masalahnya benda ni ikut imam. Dan kitaorang nak bincang bukan dah putuskan.
Abang saya dah kahwin. So mak dia perli anak dah kahwin takkan tak reti handle lagi, kata dah biasa majlis.
Untuk pengetahuan semua tunang saya anak sulung, mak dia tak pernah handle apa apa majlis. Kitaorang nak bincang pun dia kata nak ajak gaduh.
Bab gabung kenduri memang ayah saya tegaskan, sebab kitaorang yang kaya pun buat cara yang kitaorang mampu. Tak over melampau sampai 20k, buat ala kadar.
Ni side dia nak buat mewah mewah, last last tunang saya kena bayar.
Memang la saya tak nak menanggung hutang lepas kahwin, dahla baru kerja duduk dekat tengah bandar.
Mak dia tak faham kos sara hidup. Mak dia nak suruh beli itu beli ini, beli kereta harga 60k++ walhal tempat kerja jalan kaki saja, moto dah ada.
Nak buat full loan apa bagai memang saya tak nak, tunang saya pun lesen belum ada.
Lepas kahwin nanti pun saya baru nak beli keta yang murah murah dalam 42k.. Duduk flat tak perlu beli mewah mewah mahal mahal, ni semua nak beli tunjuk dekat orang kampung.
Tapi bab imam ni memang saya sedih. Tempat kitaorang ada 1 imam ja, dan nak bincang semula bab bab tarikh, belum apa apa dah kena tempelak.. semua disalahkan family saya.
Yang kitaorang banyak keluar duit waktu majlis, ayah saya banyak tolong anak dia.. Dia tak nampak dia diamkan.
Sampai tiket flight nak balik nanti pun ayah nak bagi sebab tak nak tunang balik dengan bas takut letih..
Tapi kesalahan sekecil sekecil kami semua diperbesarkan.
Mak dia tak puas hati dari awal sebab nak satukan majlis, walhal adik bradik dia yang lain bersetuju ketika tunang,
Saya tak faham kalau susah buat jela yang mampu, tak payah over nak tnjuk grand ke apa yang penting majlis diberkati.
Ayah tunang saya tak masuk campur sangat, semua keputusan mak dia buat, buat ikut emosi.
Macam macam lagi jadi tapi saya malas nak type, meluah takat ini pun dah rasa ringan. Terima kasih sebab membaca.
Doakan urusan saya dan tunang dipermudahkan.
Tunang saya tak salah, dia dah banyak menangis dan banyak cuba nak fixed kan tapi dalam rumah dia semua keputusan diputuskan mak dia.
Doakan semoga lepas kitaorang kahwin saya dapat ambil hati dapat berbaik dengan family diorang, dapat menjaga seperti family sendiri.
Saya anggap apa yang berlaku adalah ujian yang berhikmah, terima kasih.
Saya meluah dalam keadaan sedih dan beremosi, minta maaf kalau penulisan saya menyinggung perasaan mana mana pihak.
Saya cuma nak majlis dimudahkan dan dalam keadaan sederhana.
Duit boleh simpan untuk lepas kahwin, duit boleh jimat untuk long term. Hidup bukan untuk nak tunjuk kemewahan dekat sapa sapa.
BACA :