MK K-Clique titip berat soal agama, tular hadir ceramah Ustaz Abdul Somad

MK K-Clique titip berat soal agama, tular hadir ceramah Ustaz Abdul Somad

Selepas bergelar seorang suami, apa saja aktiviti penyanyi rap terkenal iaitu MK K-Clique bersama isterinya iaitu Siti Hajaar sentiasa menjadi perhatian di laman sosial.
Terbaharu, sebuah video memperlihatkan MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin sedang mendengar kuliah daripada pendakwah Nusantara terkenal iaitu Ustaz Abdul Somad tular di laman sosial.

“Pergi konsert Blackpink (x), pergi kuliah U. Abd Somad (/),” tulis di kapsyen video yang dimuat naik akaun TikTok milik @This.amier.

MK K-Clique titip berat soal agama, tular hadir ceramah Ustaz Abdul Somad

Kehadiran suami kepada penyanyi terkenal Zizi Kirana iaitu aktor Yusuf Bahrin yang duduk sebelah MK turut menjadi bualan netizen.

Rata-rata netizen memuji sikap dua sahabat itu yang tetap mengutamakan soal agama biarpun masing-masing berkecimpung dalam dunia seni.

“Kita kalau berkawan dengan orang baik, baik la kita… kalau berkawan dengan yang bukan bukan, bukan bukan la kita, simple.

“Berhibur-hibur juga, soal agama tetap nombor satu terbaik.
“Alhamdulillah… moga kalian terus istiqamah. Terus mengajak ke arah kebaikan… senang hati tengok,” komen beberapa netizen.

Difahamkan, Ustaz Abdul Somad datang ke Malaysia bagi menyampaikan ceramah sambutan Maal Hijrah 1445 di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada 14 Julai lalu.

Kira-kira 36,000 orang terdiri daripada anggota TLDM dan keluarga serta orang awam sekitar daerah Manjung hadir pada majlis tersebut.

BACA JUGA:

Gara-gara beri laluan lelaki sambut hari jadi tengah jalan, trafik sesak teruk

Orang melayu akhirnya jadi pembangkang di negara sendiri jika amalan ini diteruskan

Pengasas Mustika Ratu dedah rahsia kekal awet muda, cuma amal 2 bahan ni je!