Mondy dedah dirinya diraba Ebit Lew, ‘Dia usap saya seperti ini..’

Sebelum ini, Caprice telah memuat naik klip temubualnya bersama Mondy, wanita bertatu yang ‘diselamatkan’ oleh Ebit Lew dimana dia mendedahkan ‘wajah sebenar’ Ebit.

Terbaharu, Caprice mengatakan bahawa akan mengeluarkan video temubual penuh bersama Mondy di YouTube malam ini dan klip temubual yang baru dimuat naik oleh Caprice pasti membuatkan segelintir netizen tidak sabar mahu melihatnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Dalam klip temubual yang dimuat naik oleh Caprice semalam, Mondy menceritakan tentang tangannya telah diusap-usap dan mendakwa dirinya disuruh untuk berlakon sedang solat dan membaca Al-Quran.

Namun, dia mengatakan dirinya tidak mahu melakukan perkara itu tetapi tetap disuruh berbuat demikian walaupun untuk satu saat.

Mondy dedah dirinya diraba Ebit Lew, 'Dia usap saya seperti ini..'

Sekadar makluman, dia menerima kritikan hebat netizen apabila dia kembali ke imej asal tidak bertudung selepas 2 bulan dibantu oleh Ebit dan pernah mendedahkan bahawa dia menyaksikan kejahatan sebenar pendakwah tersebut.

BACA :

‘Saya mohon sangat untuk korang yang baca ni jangan mudah percaya dengan iklan pasal pinjaman, ramai lagi masih percaya pasal pinjaman yang tak wujud’
‘Suami gaji 5 angka, aku selalu minta naikkan nafkah. Aku rasa hina bila dia gelakkan aku’
Nia Ramadhani dedah tidur sekatil dengan ibu bapa mentua