Muncul generasi fahaman sesat, dakwa ada tuhan lain selain Allah – Caprice suruh siasat
Rakaman video memaparkan sebuah keluarga dipercayai pengikut ajaran sesat Suhaini Mohammad yang mengakui Nabi Muhammad SAW sebagai tuhan tular di media sosial.
Setelah memperkenalkan diri, ahli keluarga ini membuat pengakuan dengan menyatakan apa yang dikatakan oleh pelopor fahaman itu adalah benar.
“Saya bersetuju bahawa Nabi Muhammad memegang jawatan Allah dan Dia juga merupakan Nabi Muhammad SAW,” kata seorang lelaki berbaju Melayu hijau.
Dalam hantaran yang didedahkan penyanyi rap Caprice itu, selebriti itu menyeru pihak berkuasa seperti Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar untuk mengambil tindakan lanjut.
Malah, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, meminta agar tindakan keras diambil terhadap dalang kepada ajaran sesat ini.
Dia bagaimanapun mengingatkan agar orang ramai tidak menyalahkan keluarga ini sepenuhnya.
“Siasat dengan lebih lanjut siapa bawa ajaran sesat ni dekat Malaysia. Sebenarnya saya tak salahkan keluarga ni 100 peratus.
“Yang lagi penting kita nak tahu siapa dia punya cikgu (ketua ajaran sesat) dan sifu.
“Semoga mereka ini dapat ditangkap, InsyaAllah,” ujarnya.
Menurut laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), mana-mana individu atau kumpulan yang mengamalkan mana-mana ciri-ciri (pegangan, fahaman dan amalan) di atas adalah sesat dan boleh diambil tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa agama.
BACA JUGA:
Hati-hati di jalan raya! Ini 5 kesalahan utama penyebab berlaku kemalangan di jalan raya
Meninggal selepas bagi ceramah sempena Maal Hijrah, rupanya ada sesuatu yang berlaku
Buat si dia jatuh cinta sekali lagi! Cuba tips ni dekat isteri korang, mesti menjadi