‘Nampaknya masih ramai yang keliru apa itu lot lidi dan apa bezanya dengan geran kongsi’

Nampaknya masih ramai yang keliru apa itu lot lidi dan apa bezanya dengan geran kongsi.

Saya tulis secara ringkas.

Lot lidi adalah sekeping tanah dalam satu geran yang dilakar lakarkan ‘sempadan’ oleh tuan tanah/broker dan dijual mengikut sempadan rekaan tersebut.

Tanah tersebut dibahagi bahagikan kepada beberapa ‘lot’ sesuka hati oleh tuan tanah/broker. Lot-lot itulah yang dijual.

'Nampaknya masih ramai yang keliru apa itu lot lidi dan apa bezanya dengan geran kongsi'

Isu lot lidi adalah tiada pecahan bahagian lot tersebut yang sah oleh pejabat tanah. Tiada geran baru dikeluarkan mengikut lot yang dibahagikan. Geran masih atas nama tuan tanah asal.

Maksudnya, sempadan lot lot tersebut adalah palsu dan tiada makna di sisi undang undang.

Proses jual beli lot lidi juga berlaku TANPA penukaran nama dalam geran dari nama tuan tanah kepada pembeli tanah. Maksudnya, nama pembeli langsung tidak masuk geran.

Selalunya jualan lot lidi berlaku dengan surat perjanjian peguam.

Tapi surat ini TIADA NILAI di sisi undang undang.

Hanya nama dalam geran yang dikira pemilik sah. Maka bila bila masa pemilik asal atau warisnya boleh halau pembeli dari tanah yang dibeli kerana mengikut undang undang, tanah itu masih milik tuan asal tanah, walaupun dah puluhan atau ratusan ribu sudah dibayar oleh pembeli kepada penjual atau broker.

Apa beza dengan geran kongsi?

Geran kongsi adalah sekeping tanah dalam satu geran yang ada banyak nama pemilik. Maksudnya setiap nama dalam geran tersebut adalah pemilik yang sah kepada sebahagian tanah tersebut, mengikut pecahan masing masing.

Sebagai contoh, tanah 4 hektar dalam satu geran. Ada 4 nama dalam geran tersebut. Semua pemilik adalah pemilik yang sah di sis undang undang untuk bahagian mereka.

Isu geran kongsi ialah, jika pemilik tanah hendak membina rumah secara pinjaman kerajaan (LPPSA) atau pinjaman perumahan bank, ia tidak diterima.

Hanya tanah yang berstatus geran individu.(satu nama sahaja dalam satu geran) yang layak untuk pinjaman perumahan.

Adakah tanah geran kongsi boleh dijual? YA. Penama dalam geran tersebut boleh menjual bahagian miliknya sahaja kepada orang lain, dan perlu tukar namanya kepada pembeli di pejabat tanah.

Contoh : 4 hektar tanah di atas ada 4 pemilik yang ada bahagian sama rata (1/4). Maka setiap seorang berhak kepada 1 hektar. 1 hektar tersebut boleh dijual kepada pembeli jika salah seorang penama dalam geran tersebut mahu menjualnya.

Maka dalam geran, 3 nama pemilik lain masih kekal, tetapi nama penjual akan dikeluarkan oleh pejabat tanah dan diganti dengan nama pembeli.

Saya harap jelas.

BACA :

Ini harga LV original di Jepun, jauh lebih murah berbanding Malaysia, siap jual longgok!
‘Bila balik rumah mak, pakaian dalam aku selalu hilang. Diam-diam aku pasang CCTV, rupa-rupanya..’
Mengejutkan! Sering dilihat sederhana, ini harga rumah Nobita yang sebenar