‘Ni kisah gelap saya membeli dengan sebuah kedai, sekarang tengah aktif buat fb ads dan ramai yang komen berminat..’

Pada waktu kerajaan mewajibkan penjawat awam memakai batik pada hari khamis. Ramai yang sedang mencari batik pada waktu ini. Ni kisah gelap saya membeli dengan sebuah kedai.

27 Ogos 2023

Saya pilih beberapa design baju. Dan sy tanya kepada seller, 6 design yg sy pilih ni available ke.

'Ni kisah gelap saya membeli dengan sebuah kedai, sekarang tengah aktif buat fb ads dan ramai yang komen berminat..'

Seller jawab YA PUAN. Sy transfer payment sebanyak RM606. Kemudian sy expect untuk terima barang, terpulang samada COD atau pos.

30 Ogos 2023.

Sy terima msg daripada seller mengatakan 3 daripada 6 kain yg sy pilih rosak, dan koyak. Dia mintak sy pilih design lain.

Sy mintak gambar dengan seller, memandangkan gambar yg dia pakaikan pada patung ok je. Rosak di mana? Dia cakap kain dah dihantar ke kilang, nanti dia akan bagi gambar.

Pada tarikh yg sama 30 Ogos, Seller up post di IG, first batch postage. Pada gambar tersebut, ada 3 kain yg sy pilih dan bayar.

Ada kat situ. Dipack untuk dipos kepada org lain. Dia bagitau sy, kain rosak.

Rupanya dia ambik payment dari 2 saya dan orang lain untuk kain yg sama, tapi barang ada 1 sahaja. Dan dia paksa 1 pihak lagi untuk pilih design lain.

2 September 2023.

Sy msg seller. Memandangkan tiada gambar pun dihantar, dan sy dah agak seller ni sedang menipu. Jadi sy mintak refund. Seller taknak bagi. Dia kata polisi syarikat dia tiada refund.

Kita bayar untuk barang A B C D E F. Barang ni tiada. Kenapa taknak refund?

Dan kenapa tak bagitau polisi ini sebelum sy buat payment??

Sy bongkarkan kepada dia. Penipuan dia sendiri yg dia dah pos kain sy pilih, kepada orang lain. Kenapa taknak mengaku?

Dah katoi. Refund jelah duit customer. Tapi seller taknak respon.

3 september 2023

Seller spam hantar gambar design kain banyak2. Untuk sy pilih sebab dia taknak refund. Sy tak berminat.

4 Setember 2023

Sy hantar msg mintak refund. Dia bluetick sahaja.

Apparently ramai yg dah terkena ye dengan seller ni. Sempat sy capture review sebelum kena block.

Kedai ni sekarang tengah actively buat fb ads dan ramai yang komen berminat. HATI-HATI. Anda mungkin tak terima pun kain yang anda pilih.

Saya dah buat report polis. Dan dah approach tribunal juga. Tapi saya discover ramai mangsa sejak tahun 2020 lagi yang terkena dengan seller yg sama. Dan masih belum mendapat keadilan.

P/s : Sy akan turunkan post ni jika seller refund balik duit sy FULL RM606 dan duit semua mangsa yang lain.

Update : Seller dah refund duit saya.

Tapi ramai mangsa lain masih tidak mendapat keadilan. Kain tak dapat, refund pun tiada. Kebanyakan mangsa adalah doktor dan penjawat awam. Kedai ni masih aktif dengan fb ads, ig ads tiktok live.

BACA :

‘Takut betul dengar dia maki suami sendiri, betul lah apa yang Rosyam Nor bagitau..’
‘Job curi barang seller Shopee memang ada terjadi, macam ni rupanya cara diorang rembat barang..’
New Balance buat kasut guna kulit babi