”Nyanyi ke bercakap, pening lalat aku dibuatnya” – Netizen
Memang berbakat seni sungguh wanita comel ini… Selain berlakon sejak zaman ciliknya lagi, ramai tak tahu rupanya aktres popular dengan lakonan dalam filem Papadom ini juga mempunyai kelebihan istimewa dalam bidang nyanyian.
Jangan tak sangka, Liyana Jasmay pada tahun 2009 pernah mengeluarkan album EP sulungnya, LJ. Lama tak melantunkan suara, tahu-tahu kemunculannya baru-baru ini mengubati kerinduan peminat. Ramai pulak yang terkesima…
Apa tidaknya, tak kurang yang terkedu mendengar nyanyian Liyana. Yalah… Jika dengar suaranya dalam album bunyi sedap dan comel je… begitupun sebaliknya pula yang ‘dit4ngkap’ di corong telinga netizen dalam persembahannya ini
Lihat saj4lah aksinya ketika ‘menyumbangkan’ lagunya yang bertajuk ‘Aku Tak Percaya Cinta’ ini. Macam main nyanyi dan bel4sah saja tanpa mengikut tempo. Pun demikian, yang mencuit hati netizen, apabila Liyana rileks saja.
Hinggakan rata-rata netizen di ruangan komen hantaran ini menyifatkan yang keyakinan diri Liyana ketika membuat persembahan itu agak tinggi. Tambahan pula dengan aksi dan busana dikenakannya, macam ‘tanpa rasa bers4lah saja’.
“Nyanyi ke bercakap? Pening lalat aku jadinya…”, “Klu komen nanti ada yg tegur plk”, “Menyanyi ke bercakap?”, “Mcm bercakap dgn irama rap”,
“Konpiden erkk diaa…”, “Syok sendiri”, “Skali dia bersyairrr daa”, “Tak nyanyi lagi sedap”, “Macam syok sendiri je bila nyanyi”, “Apa ni Liyana.. U menyanyi ke membebel. Suara U dah ke laut skrg..”,”Confident level tinggi”.
Itu antara komen netizen. Rupanya selain suara Liyana, gaya pakaiannya yang berskirt pendek ‘ala bengkung’ itu juga menarik perhatian netizen kerana dikatakan tampak s3ksi. Apa pun jika diperhatikan betul-betul nampak dia berseluar lengging warna kulit.
Tak kurang juga netizen mengimbas kembali keadaan selebriti itu yang berhijab sebelum ini jika dibandingkan dengan keadaannya sekarang. Kata mereka wanita itu ‘try hard’ untuk menonjolkan dirinya yang disifatkan kini sudah ‘suam kuku’.
Apa pun kita doakan saja yang terbaik buat ibu anak dua itu sudahlah… Melihat gayanya di pentas itu, barangkali dia pun sudah cuba buat yang terbaik untuk penonton. Tampak keyakinan dirinya yang tinggi daripada aksi persembahannya itu bukan…?
Selepas album pertamanya, pada 2011, Liyana melancarkan pula single bertajuk “Cinta Bersatu” hasil nukilan kumpulan Tilu, diikuti oleh “Jujur” pada 2013. Pada 2016, dia melahirkan dua single dan video lagunya berjudul “Oh Na Na” dan “Selesa Tanpamu”. Hebat juga ya…
BACA JUGA:
Anai-anai makan RM30,000 simpanan nenek, pasrah hajat tunai haji tak kesampaian
Penjawat awam rugi RM677,565 kerana takut dengan ‘Pos Laju’
Lelaki ini penat hadap housemate suka ‘rembat’ barang kepunyaan.