Orang melayu akhirnya jadi pembangkang di negara sendiri jika amalan ini diteruskan

Orang melayu akhirnya jadi pembangkang di negara sendiri jika amalan ini diteruskan

PRN kali ini adalah medan survival UMNO

Politik orang melayu berada dalam persimpangan yang merugikan. Dari sebuah parti yang kuat dan solid yang bernama UMNO, kini melayu berpecah kepada UMNO, BERSATU dan PAS.

Orang melayu akhirnya jadi pembangkang di negara sendiri jika amalan ini diteruskan

Kehadiran BERSATU ibarat racun yang menyemarakkan barah kepada orang melayu. Tidak mampu menang sebagai kerajaan tetapi berjaya memecahkan undi melayu.

UMNO dan PAS sudah lama dalam persaingan politik negara. Namun ia tidaklah sampai memecahkan majoriti melayu untuk berada ditampuk kekuasaan.

Dalam kalangan orang UMNO, PRU lepas adalah kemuncak kelemahan dalam parti sendiri. Gagal menjadi parti politik terkuat dalam gelanggang pilihanraya seperti biasa.

Ramai kecewa, marah dan protes. Namun hasilnya apa? Melayu makin kuat atau terpinggir sebagai pembangkang?

Parti UMNO mengambil langkah kurang popular dengan menyertai kerajaan dipimpin Anwar, namun itulah peluang terbaik untuk UMNO kembali bangkit. Jika tidak, UMNO bakal jatuh tersungkur dan sukar bangkit lagi.

Keberadaan UMNO dalam kerajaan perpaduan sekarang dilihat sebagai pertahanan terakhir untuk memastikan kuasa melayu masih berdiri sebagai kerajaan dan bukannya pembangkang di bumi sendiri.

Kini orang melayu perlu kembali kepada realiti. Kerajaan Anwar ini semakin sukar digugat Perikatan Nasional kerana segala sumber dan kuasa kini berada di sebelah Anwar.

Jika orang melayu terus terbuai dengan emosi dan sentimen, orang melayu kekal sebagai pembangkang di negara sendiri.

BACA JUGA:

Kajol pernah bercinta dengan Shah Rukh Khan semasa filem Kuch Kuch Hota Hai? Ini penjelasannya

Pengasas Mustika Ratu dedah rahsia kekal awet muda, cuma amal 2 bahan ni je!

Tular Maryam Durian Kimchi bertatu, “Adakah orang yang bertatu sahaja boleh jadi muslim?”