‘Oyen buang tebiat makan petai macam makan “Wetfood”, Habislah time berak kencing nanti’

Tidak dinafikan kucing mempunyai tingkah laku yang sangat comel dan manja tetapi kadang kala boleh jadi ‘tak senang duduk’ apabila mereka menggangu kita makan.

Seperti yang kita tahu, kucing merupakan haiwan jenis karnivor dan secara semulajadi mereka sangat sukakan ikan, ayam dan sumber protein lain seperti daging dan telur. Jarang sekali kita lihat si bulus gemar memakan buah-buahan atau sayuran.

Tetapi lain pula jadinya apabila dua ekor kucing kesayangan pemilik akaun Facebook, Jamilah Hj Abu Hasan ini sangat gemar memakan petai.

'Oyen buang tebiat makan petai macam makan “Wetfood", Habislah time berak kencing nanti'

Menerusi perkongsian video tersebut menunjukkan si ‘Oyen’ dan rakannya yang dikenalu sebagai ‘Eton’ bersemangat memakan petai yang dikupas tuannya itu.

Dakwa tuan mereka, petai yang dikupas untuk membuat sambal petai, tidak sangka kucing kesayangan mereka sangar gemar petai dan tidak alah dengan bau petai tersebut.

Buat hal betul lah eton dengan oyen ni…

Kau orang ada kucing …??

Ada!

Kucing kau orang makan petai???

Takkk!

Lemah…

Rata-rata warganet memberi komen yang menghiburkan, tak kurang juga yang berkongsi cerita di mana ada juga perangai si bulus mereka yang suka makan petai.

PAKEJ INTERNET RUMAH MURAH & LAJU TM

BACA :

Wanita kongsi cara cuci sotong ‘style’ nelayan Korea, sotong jadi pejal dan tidak berair bila masak
‘Majoriti orang pencen dalam keadaan hutang yang masih ada. Ada yang pencen langsung takde savings dalam bank’
‘Tak lama dia berhenti kerja. Balik kampung. Angkut semua anak tukar sekolah. Katanya nak bawa nenek habiskan usia kat rumah kampung’