PA kepada sorang founder songlap 400k?
Dalam berbelas tahun saya berbisnes ni, ada beberapa benda yang saya belajar tentang manusia dan duit.
1) Tiada seorang manusiapun yang boleh dipercayai memegang duit tanpa pantauan.
2) Orang yang awalnya boleh dipercayai mudah sahaja menjadi korup dengan melihat duit.
3) Jangan pandang rendah kekuatan duit dan bisikan syaitan dalam menyesatkan manusia.
4) Jangan biarkan lompong, loophole yang boleh memberi peluang orang menjadi korup, atau teruji dengan korup.
5) Pakai purdah, pakai kopiah, rajin solat jemaah semuanya tiada guarantee tidak cair dengan duit.
6) Membiarkan manusia dengan duit tanpa kawalan adalah seperti mengurung kucing dengan ikan dalam pinggan.
7) Mengadakan sistem yang tersusun mengawal duit bukan bererti tidak percaya kepada staff. Malahan membantu mereka untuk tidak digoda nafsu sendiri.
8 ) Ketimbang manusia yang tidak pernah merasa duit yang banyak, sayugia mereka tidak mampu mengawal ketamakan itu.
9) Usah terlalu sangat memanjakan meraikan yang terlampau untuk staff seperti contoh founder ini, kerana kemelampauan ini membentuk sikap besar kepala, persepsi boss takkan berani ambil tindakan, dan nanti minta maaf settle la.
10) Pastikan hubungan seprofessional mungkin, business first but close like family.
11) Akhir kata, walaupun berhati hati, along the way anda akan jumpa ada beberapa orang yang memang sangat amanah dengan duit. Keep these people close and reward them accordingly.
PAKEJ INTERNET RUMAH MURAH & LAJU TM
BACA :