Padah! Guru salah didik murid terus buta seumur hidup

Padah! Guru salah didik murid terus buta seumur hidup

Hanya kerana menegur seorang murid yang didapati menghisap rokok di sekolah, seorang guru buta mata kanan akibat dilastik.

Mangsa mengalami kecederaan kekal itu selepas bapa murid terbabit datang ‘membalas dendam’ kerana dia dikatakan menendang di bahagian kepala ketika menegur.

Padah! Guru salah didik murid terus buta seumur hidup

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di sebuah sekolah agama di Daerah Rejang Lebong, Bengkulu, Indonesia.

Menurut pegawai polis Rejang Lebong, Kompol Yusiady, suspek bagaimanapun melarikan diri dan bersembunyi selepas melakukan penganiayaan terhadap mangsa.

“Sebelum itu, suspek telah menghubungi isterinya di rumah. Dia diyakinkan untuk menyerahkan diri dan akhirnya akur berbuat demikian,” katanya.

Suspek kemudian ditahan pada 5 Ogos lalu selepas menyerahkan diri.

Pun begitu, anak mangsa menyatakan ayahnya tidak menendang kepala murid terbabit sebaliknya melakukannya di kaki kerana terkejut melihat perbuatan tersebut.

“Perbuatan spontan itu berlaku kerana ayah terkejut melihat perbuatan muridnya yang merokok di kantin sekolah,” jelasnya.

BACA JUGA:

Lepas ni korang beli ayam kena hati-hati, wanita kongsi beli ayam tapi sampai rumah barang lain

Syahmi Sazli reda bisnes diboikot sebab bersuara isu air Kelantan

Mahathir bebas daripada belenggu kesakitan