Padah jika ibu hamil hidap penyakit kencing manis! Ini 3 kumpulan wanita berisiko hidap kencing manis & cara mengatasi

Padah jika ibu hamil hidap penyakit kencing manis! Ini 3 kumpulan wanita berisiko hidap kencing manis & cara mengatasi

Diabetes mellitus atau kencing manis merupakan salah satu penyakit kronik yang boleh membawa pelbagai komplikasi dan menelan banyak kos perubatan bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia.

Menurut Pakar Endokrinologi Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Dr Chooi Kheng Chiew, diabetes semasa hamil atau diabetes dalam kandungan (Gestational Diabetes Mellitus/GDM) merupakan satu keadaan yang dialami oleh wanita mengandung yang tidak menghidap kencing manis tetapi dikesan mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi daripada normal.

Padah jika ibu hamil hidap penyakit kencing manis! Ini 3 kumpulan wanita berisiko hidap kencing manis & cara mengatasi

Ia disebabkan semasa seseorang wanita hamil, pelbagai hormon dihasilkan oleh uri atau plasenta yang boleh menjejaskan fungsi dan keberkesanan hormon insulin dalam badan untuk mengawal paras gula badan.

“Biasanya, wanita yang menghidap diabetes semasa hamil tidak menunjukkan sebarang tanda amaran tetapi sesetengah akan berasa dahaga, letih dan kerap membuang air kecil.

“Mereka yang berisiko disarankan untuk menjalani ujian ‘oral glucose tolerance test’ (OGTT) atau minum air gula untuk memeriksa tindak balas dan keupayaan badan mengawal tahap gula dalam darah,” ujarnya.

Bagaimanapun, kebiasaannya pesakit akan pulih selepas anak dilahirkan tetapi menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit kencing manis pada kemudian hari.

Disebabkan itu, saringan atau pemeriksaan berkala perlu dilaksanakan untuk mengesan penyakit kencing manis selepas bersalin.

Wanita yang berisiko menghidap diabetes semasa hamil adalah:

1. Berat badan yang berlebihan atau obes, mempunyai saudara rapat yang menghidap kencing manis.

2. Jika wanita tersebut pernah menghidap diabetes semasa hamil sebelum ini dan jika pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar (lebih dari 4kg), bayi yang cacat atau mati semasa lahir.

3. Usia yang lebih tinggi, atau jika mengalami masalah lain yang berkaitan semasa hamil seperti hipertensi ataupun penghasilan cecair amniotik atau air ketuban yang berlebihan.

Diketahui bahawa wanita yang menghidap diabetes semasa hamil mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami komplikasi termasuk keguguran, kecacatan bayi, kelahiran pramatang dan makrosomia, iaitu bayi yang lahir dengan berat 4kg ke atas.

Ini boleh menimbulkan kesukaran untuk bersalin biasa dan meninggikan keperluan untuk pembedahan bagi melahirkan bayi.

Di samping itu, bayi yang dilahirkan mempunyai risiko lebih tinggi untuk masalah pernafasan dan cenderung menjadi obes atau menghidap penyakit kencing manis pada masa hadapan.

Antara rawatan yang boleh dilakukan adalah memastikan paras glukosa darah sentiasa berada di paras normal selain mengikuti rancangan pemakanan yang sesuai berdasarkan nasihat pakar pemakanan dan aktiviti fizikal ditingkatkan secara beransur-ansur.

BACA JUGA:

Bos MYDIN sebak dan mahu terus aplikasikan Menu Rahmah Allahyarham Salahuddin Ayub dalam jualan

Tradisi pelik keluarga teman mayat di kubur sepanjang 7 hari siap bina dapur ‘mini’, “Ia satu kewajipan bagi keluarga kami”

Anwar umum gaji baru bagi penjawat awam 2 minggu lagi