‘Pagi makan nasi, tengah hari hanya jamah lempeng cecah sambal atau sardin. Tak mampu beli beras..’

Ada yang makan nasi sehari sekali untuk kurangkan penggunaan beras?

Min agak terkejut apabila membaca laporan akhbar Utusan hari ini mengenai tujuh orang sekeluarga di Kluang, Johor terpaksa makan sehari sekali untuk kehidupan mereka.

Laporan itu menyebut mereka makan nasi sekali sehari manakala tengah hari pula hanya menjamah lempeng cecah sambal atau sardin.

'Pagi makan nasi, tengah hari hanya jamah lempeng cecah sambal atau sardin. Tak mampu beli beras..'

Mereka terpaksa melakukannya bagi mengurangkan penggunaan beras sebagai makanan ruji ekoran harga yang semakin meningkat.

Min teringat beberapa tahun lalu waktu pergi ke negara jiran, amat sedih apabila mengetahui ada diantara mereka makan tempe dan lain-lain bagi menggantikan nasi yang hanya dimakan sehari sekali atau dua hari sekali.

Namun kini, amat menyedihkan di tahun 2023, ia berlaku di negara kita pula.

Lazimnya, keluarga ini makan nasi dua kali sehari yang memerlukan kira-kira satu kilogram beras atau secara purata kos antara RM96 hingga RM120 untuk membeli 30 kilogram beras, sebulan.

Diharap ada pemantauan dari agensi-agensi bertanggungjawap dan kerajaan mampu melakukan sesuatu untuk mengatasinya segera.

Diharap semua pihak dapat menjadikan keadaan sekarang sebagai keutamaan untuk mengatasinya dan membantu masyarakat yang amat terkesan sekarang.

PAKEJ INTERNET RUMAH MURAH & LAJU TM

BACA :

‘Aku yang tangkap kau berkhalwat dengan suami orang, aku yang dimasukkan ke dalam lokap’
‘Ini punca kenapa saya tidak lagi menanam niat untuk membeli rumah’
‘Niat hanya mahu makan durian di Johor, tapi ditipu sehingga rugi RM380,000’