Kisahnya pagi tadi sewaktu kami menziarahi kubur mak dan ayah kami. Terjumpa sepasang suami isteri berbangsa Cina menziarahi salah satu kubur di sana.
Mungkin usia mereka sekitar 70an. Beberapa meter saja dari kubur mak dan. Nampak jelas apa yang mereka tengah bersihkan kawasan kubur dan batu nisan.
Dicuci segala kekotoran yang ada di batu nisan dengan air meneral yang dorang bawa. Lepas tu pasangan tu seolah bertafakur.
Bila selesai mereka memandang kearah kami dgan senyuman. Dengan ringan hati kami bertanya “kubur anak ke?”. Mereka mengiyaka . Mereka kata anak dia lelaki masuk Islam selepas berkahwin dengan orang Melayu.
Dia sakit kanser otak. Meninggal dah 4 tahun lalu. Saya selalu datang sini. Gugur juga air mata bila dengar cerita sedih ini.
Demi kasih ayah dan ibu pada anak walau anak nya sudah berpindah agama namun kasih mereka tiada berpenghujung. Satu pengajaran pada kami hari ini.
Kasih sayang pada anak tanpa syarat. Al-Fatihah buat arwah anak Cina tu. Lupa tanya nama. 1/10/23
Al-Fatihah buat arwah.
BACA :