Pak Haji kongsi tips selamat semasa isi minyak ramai masih tidak tahu

Pak Haji kongsi tips selamat semasa isi minyak ramai masih tidak tahu

Umum mengetahui stesen minyak adalah tempat berisiko kerana menyimpan bahan mudah terbakar dalam kuantiti yang banyak.

Piawaian keselamatan seperti larangan merokok sudah tersedia untuk mengelak daripada berlakunya kejadian tidak diingini seperti kebakaran.

Pak Haji kongsi tips selamat semasa isi minyak ramai masih tidak tahu

Walaupun begitu, melalui satu perkongsian di akaun TikTok Pak Haji Petronas, ternyata ada satu lagi tip keselamatan di stesen minyak yang tidak diketahui ramai.

Menurut penasihat keusahawanan itu, di bahagian luaran kereta yang diperbuat daripada logam, wujud elektrostatik yang boleh menghasilkan percikan api dalam keadaan tertentu.

Perkara itu sangat berbahaya terutamanya apabila anda hendak mengisi minyak petrol untuk kenderaan anda.

Namun, jangan risau, teknik yang dikongsikan Pak Haji Petronas ini boleh membantu melindungi anda daripada ancaman elektrostatik tersebut.

Pak Haji Petronas menjelaskan tip keselamatan sebelum mengisi minyak kenderaan.

Menurut lelaki ini, lekstrostatik boleh dinyahcaskan apabila adanya sesuatu sambungan atau aliran ke bumi.

“Jadi apabila kita nak isi minyak, pertama sekali tutup enjin. Lepas tu, apabila turun dari kereta, benda penting kita kena buat adalah sentuh badan kereta dengan tangan.

“Melalui sentuhan ini, elektrostatik dari kereta akan mengalir ke dalam badan kita dan turun ke dalam tanah bumi melalui kaki kita. Kini elektrostatik tu dah jadi neutral.

“Selain itu, seperti biasa, jangan hisap rokok dan jangan main telefon pintar apabila tengah isi minyak,” jelas Pak Haji Petronas.

BACA JUGA:

Heboh! Kebakaran dahsyat di Maui ragut 80 nyawa, lebih 1,000 bangunan ranap

“Tak sangka Fatiya sebenarnya ada bakat lain selain lakonan” – Netizen

Peratus undian rendah, rakyat malas nak layan drama pemimpin