Panik pengantin perempuan nangis akibat pelamin roboh

Panik pengantin perempuan nangis akibat pelamin roboh

Majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung dengan meriah bertukar tragedi apabila dekorasi pelamin roboh.

Pelamin tiba-tiba runtuh ketika majlis resepsi perkahwinan satu pasangan pengantin sedang berlangsung.

Panik pengantin perempuan nangis akibat pelamin roboh

Lebih menyedihkan apabila runtuhan itu menimpa pengantin perempuan.

Kejadian berlaku di Banjar, Tasikmalaya di Jawa Barat, Indonesia, pada 15 Julai lalu.

Keadaan itu mencetuskan suasana panik dalam kalangan keluarga kedua-dua pengantin, termasuk para tetamu.

Pengantin perempuan juga menangis kerana terkejut.

Acara perkahwinan yang sedang berlangsung terpaksa dihentikan demi keselamatan.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, punca pelamin tersebut roboh tidak dinyatakan.

Namun, runtuhan dipercayai berpunca daripada angin kuat di belakang pelamin.

BACA JUGA:

Cef Nasi Arab terkenal cipta kontroversi dengan runner, netizen cadang nak boikot

Peniaga jual lauk ikan keli pakej mata kail, ramai pelanggan nyaris maut

Joy Revfa masih trauma dengan bekas suami buatkan hubungan dengan tunang baru renggang