Pasangan dari Malaysia jual sate di Australia ‘auto’ kaya, jual 400 cucuk sehari, RM6 secucuk

Sepasang suami isteri dari Sabah telah berjaya meneroka peluang perniagaan di Perth, Australia, dengan menjadikan hidangan popular Malaysia, sate, produk jualan utama mereka.

Perniagaan makanan kecil mereka dengan cepat menjadi viral dan mendapat perhatian rakyat Malaysia selepas ia dikongsi oleh pencipta kandungan TikTok, Papa Nash.

Menurut Papa Nash, selain sate, perniagaan yang diusahakan Zul dan isteri itu turut menawarkan beberapa lagi hidangan popular Malaysia..

Pasangan dari Malaysia jual sate di Australia 'auto' kaya, jual 400 cucuk sehari, RM6 secucuk

Dikenali sebagai “Satay Bro” di sana, antara menu lain yang dirakamkan oleh Papa Nash termasuklah ayam goreng berempah.

Beliau seterusnya menyebut satu set sate dijual pada harga 12 AUD (anggaran RM36). Selain itu, sate juga boleh dibeli secara individu, dengan sebatang lidi berharga 2 AUD (kira-kira RM6).

“Kebanyakan sate ada lemak di bahagian tengah, tetapi yang dijual sangat padat dan tebal.

@thepapanash Malaysian Satay stall in Perth, Australia! These couple are from Malaysia and setup a business by the roadside in Souther River, Western Australia, selling Satay – known as Satay Bro (Part 2 👉🏻 @Papa Nash ) #thepapanash #papanash #satay #satayayam #sataydaging #australia #halalaustralia #halalaustralianmeat #sataybro #perth #perthfood #halalfoodperth #malaysia #MalaysianFood #malaysianfoodie #sabah #sataychicken #satayaustralia #malaysianfoodinaustralia #australianfood #ayamberempah #halalfoodaustralia #southernriver #westernaustralia ♬ Food Hunter – ZydSounds

“Set sate ini berharga 12 AUD (RM36) atau 2 AUD (RM6) untuk sebatang sate. Ia turut dihidangkan bersama kuah kacang, bawang besar, timun, dan nasi mampat,” jelas Papa Nash.

Papa Nash menyatakan gerai Satay Bro dibuka seawal jam 2 petang dan biasanya tutup sekitar jam 5 petang.

Secara purata, mereka berjaya menjual kira-kira 400 cucuk sate setiap hari, yang merupakan satu pencapaian bagi perniagaan yang ditubuhkan beberapa bulan lalu.

Setiap hari, barisan pelanggan di gerai Satay Bro dikatakan semakin panjang. Ini berikutan keenakan sate yang disediakan oleh Encik Zul dan isterinya yang telah berjaya menarik minat pelanggan yang semakin ramai.

Berdasarkan penilaian yang diberikan oleh pencipta kandungan, sate di Satay Bro telah mendapat penarafan sempurna 10/10.

“Penilaian setinggi itu bukan mudah diberikan, tetapi sate yang dihidangkan di situ memang sedap,” jelas Papa Nash.

BACA: Tak bagus sebenarnya minum air kosong berlebihan, anda berisiko untuk koma dan…