Pasangan ditahan kerana kantoi jual bayi sendiri untuk beli iPhone, “Mana otak diaorang”

Pasangan ditahan kerana kantoi jual bayi sendiri untuk beli iPhone, “Mana otak diaorang”

Sepasang suami isteri di India tergamak menjual bayi mereka yang berusia lapan bulan untuk membeli telefon pintar model iPhone.

Apa yang mengejutkan, pasangan berkenaan yang berasal dari West Bengal, menggunakan telefon pintar tersebut untuk merakam dan menghasilkan video.

Pasangan ditahan kerana kantoi jual bayi sendiri untuk beli iPhone, “Mana otak diaorang”

Perbuatan pasangan tersebut terbongkar selepas penduduk tempatan mengesan perubahan tingkah laku mereka.

Mana tidaknya, pasangan yang dikenali sebagai Sathi dan Jaydev sebelum ini hidup dalam serba kekurangan, namun tiba-tiba dilihat mampu menggunakan telefon mahal.

Mereka juga dilihat berjalan-jalan di sekitar kampung untuk merekod video.

Penduduk kampung yang curiga kemudian mendekati pasangan berkenaan dan bertanya mengenai telefon pintar itu serta keberadaan bayi mereka.

Pasangan tersebut akhirnya mengaku menjual bayi mereka.

Penduduk kampung membuat laporan polis, yang membawa kepada penahanan pasangan berkenaan.

Mereka juga mendakwa pasangan itu turut terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Bayi pasangan itu akhirnya berjaya ditemui, di mana dia dijual kepada seorang wanita di Khardah.

Menurut laporan media tempatan, siasatan masih diteruskan, dengan pihak berkuasa meneliti kes itu dari semua sudut.

BACA JUGA:

Seksanya derita sakit misteri! Gadis merana akibat tawar diri merawat ‘kongkang’ pada waktu maghrib, “Perut rasa ditoreh-toreh”

”Kami bekerjasama berpeluh-peluh untuk dapatkan anak kedua” – Pengumuman Nabil Mahir dikecam

Ini petua orang dulu-dulu selalu guna bila rebus jantung pisang supaya putih bersih!