‘Patut lah isteri arwah naik turun bank? Rupanya-rupanya.. Kalau lah suami boleh bangun balik dalam kubur tu mesti lain ceritanya’

“Patut lah isteri arwah naik turun bank?” Rupanya-rupanya..

Syabas buat pasangan yang dah beli rumah. Mana guna loan bank, cuba semak semula terma pinjaman perumahan anda.

Kenapa kena semak pula?

'Patut lah isteri arwah naik turun bank? Rupanya-rupanya.. Kalau lah suami boleh bangun balik dalam kubur tu mesti lain ceritanya'

Antara benda paling penting yang kita terlepas pandang dan ambil mudah tetapi bahaya adalah:

1. Tempoh pinjaman dengan MRTT/MRTA tak sama panjang.

2. Tempoh coverage MRTT/MRTA kepada pinjaman perumahan tidak cukup perlindungan.

3. Pinjaman perumahan tiada sebarang perlindungan MRTT/MRTA?

“Kenapa sibuk sangat dengan MRTT/MRTA ni? Lantaklah” kata ramai orang

Tahu tak, kebanyakan pinjaman rumah yang kita buat biasanya perlindungan MRTT/MRTA tidak penuh.

Kalau tak percaya cuba semak sekarang!

Contoh kes pinjaman perumahan di bawah ini, TEMPOH pinjaman bank hanya 30 tahun saja.

Tetapi malang tempoh perlindungan #MRTT/#MRTA pula hanya ‘cover’ 7 tahun.

Jangan buat main-main ya!

Kenapa bahaya?

Sekiranya anda ditakdirkan hilang upaya kekal (cacat) selepas tempoah 7tahun, hutang loan rumah anda tu tidak ada perlindungan MRTT/MRTA.

Pada ketika ini, anda sudah tidak mampu lagi nak bekerja dan hilang pendapatan. Jangan ingat pihak bank diam je.

Jika anda ditakdirkan meninggal dunia selepas 7tahun pula, hutang pinjaman tersebut masih perlu dibayar oleh pihak isteri atau waris pula.

Nak harapkan adik beradik? Masing-masing pula ada komitmen, mak ayah pula dah tidak bekerja, perbelanjaan bulanan pun harapkan kita adik beradik.

Malangnya lagi sekali lagi isteri yang perlu menanggung derita.

Bayangkan … Isteri kita suri rumah, tak ada pendapatan, tak bekerja pula. Kesian jadinya.

Bila sampai satu tahap, rumah dah tak mampu bayar berbulan-bulan, bank terpaksa lelong rumah tersebut. Bank peduli apa.

Bermula lah episod si isteri dan anak-anak hidup menyewa dan mungkin hidup susah merempat.

So jangan tunggu lagi, pergi dapatkan dan tengok semula korang punya ‘agreement loan’ tu. Tengok MRTT cover berapa lama? MRTT cukup cover ke tak?

Kalau lah suami boleh bangun balik dalam kubur tu mesti lain ceritanya. Sedih bila tengok anak isteri kena hadap susah macam ni.

PAKEJ INTERNET RUMAH MURAH & LAJU TM

BACA :

‘Jangan simpan barang yang tak dipakai, ini sebabnya..’
‘Pelik suami suka melepak rumah ayahnya, hampir setiap hari dia akan balik ke sana. Aku diam-diam buka wallet dia, terselit satu gambar..’
Betul ke Hang Tuah wujud, bukan sekadar mitos?