Pearly Tan catat rekod baru pukulan ‘smash’ paling laju ketegori wanita di Guinness World Records
Beregu wanita badminton negara, Pearly Tan baru-baru ini disenarai dalam Guinness World Records apabila mencatat rekod pukulan smash paling laju bagi kategori wanita.
Pengumuman itu dibuat menerusi laman syarikat peralatan badminton Yonex, menyatakan Pearly Tan merekodkan kelajuan luar biasa 438 km/j (272 mph) sekali gus menjadikannya wanita pertama yang memegang gelaran itu.
Difahamkan, rekod dunia ini dicapai pada 14 April 2023 dan telah disahkan oleh hakim rasmi dari Guinness World Records.
Manakala beregu lelaki India, Satwiksairaj Rankireddy pula memegang rekod pukulan smash paling laju bagi kategori lelaki dengan catatan 565 km/j (351 mph). Justeru, Rankireddy berjaya memecahkan rekod dunia yang sebelum ini bertahan selama 10 tahun.
Kali terakhir Guinness World Records mencatat pukulan badminton terpantas untuk lelaki adalah pada Mei 2013 oleh bekas pemain Malaysia Tan Boon Heong.
Sementara itu, beregu wanita negara ini baru sahaja dipilih sebagai pemenang anugerah Pasukan Wanita Kebangsaan 2022 pada majlis Anugerah Sukan Negara yang berlangsung pada malam tadi.
Terdahulu, mereka juga telah mencatat rekod rally terpanjang di dunia di gelanggang badminton Perodua Malaysia Master 2023 dalam acara beregu wanita menentang wakil Jepun.
Dengan itu, catatan rekod ini menunjukkan bahawa sukan badminton adalah permainan paling pantas yang setakat ini tidak mampu dikejar oleh sukan-sukan lain.
Tahniah Pearly Tan, pukulan berbisa tu!
BACA JUGA :
Komposer terkenal cuba ubah nasib, elak jadi gelandangan
Tular pasangan suami isteri diberkas polis ketika sedang mencari rezeki sebagai badut
CEO MBI dicekup SPRM, dipercayai ada kaitan kes perlombongan REE