Pedofilia dera seksual 7 kanak-kanak dipenjara 30 tahun.

Pedofilia dera seksual 7 kanak-kanak dipenjara 30 tahun.

Paul McKee, 57, yang menggelar dirinya Profesor Paulos, didapati bersalah atas 15 kesalahan melibatkan tujuh kanak-kanak dalam tempoh hampir 25 tahun.

McKee, yang berasal dari Wallasey, Wirral di England ditahan di Thailand sebelum diekstradisi untuk dibicarakan di Liverpool.

Pedofilia dera seksual 7 kanak-kanak dipenjara 30 tahun.

Dia dijatuhi hukuman penjara 30 tahun oleh mahkamah bandar itu.

Polis memulakan siasatan pada 2017 apabila mangsa tampil ke hadapan buat petama kali.

Penyiasat Konstable, Graeme Beacall berkata, kesalahan yang dilakukan McKee benar-benar mengerikan dan memakan masa bertahun-tahun dengan jumlah mangsa ramai.

McKee mengaku tidak bersalah ketika dibicarakan di mahkamah.

“Apabila pertuduhan terhadapnya telah diberi kuasa oleh pihak pendakwaan, proses ekstradisi dimulakan.

“McKee ditahan Polis Diraja Thailand pada September 2022 dan menghabiskan tempoh tahanan reman di Bangkok sebelum dikembalikan ke United Kingdom,” katanya.

Dia memberitahu, McKee kemudian memilih untuk memanjangkan penderitaan mangsa dengan mengaku tidak bersalah dan menyebabkan perbicaraan berlarutan.

“Saya berharap sabitan dan hukuman McKee akan diselesaikan segera bagi membolehkan mangsa meneruskan kehidupan mereka,” katanya.

BACA JUGA:

Penjawat awam rugi RM677,565 kerana takut dengan ‘Pos Laju’

Lelaki sedia nak rogol kuda kali ke 13 sempat ditangkap polis

Nak kritik Kerajaan Negeri boleh, kalau fitnah akan disaman – MB Selangor