Pegawai JPJ zalim!
Jarang saya nak rasa marah pada JPJ sebab kita tahu mereka menjalankan tugas. Dan pada mula video seorang JPJ dilanggar seorang penunggang motosikal dengan sengaja.
Saya yakin semua rakyat malaysia berasa simpati kepada pegawai JPJ tersebut.
Rupanya semuanya SPIN belaka. Bukan penunggang motosikal tersebut melanggar JPJ dengan sengaja. Tetapi sebenarnya ada pegawai JPJ yang mulakan provokasi dengan menendang penunggang motosikal tersebut.
Terus darah saya menyirap…
Ringkasnya begini
Pegawai JPJ tendang penunggang
Penunggang hilang kawalan
Langgar anggota JPJ lain
Kemudian penunggang di letakan kesalahan mencederakan penjawat awam!
Perggg…senangnya jadi penguatkuasa. Lakukan kekejaman pada rakyat malaysia. Kemudian letakan kesalahan pada mangsa!
Atas alasan apa?
“Ooo tak apa lagipun penungang motosikal tu ada 8 kesalahan jenayah lampau dan dadah. ”
Kesalahan lampau adalah kesalahan lampau. Jadi adakah kita boleh menindas dan menganiaya manusia yang pernah buat kesalahan lampau?
Mamat tu pun dah terima hukuman atas kesalahan lampau dia. Jadi jangan kerana kesalahan lampau kita boleh hukum seseorang dengan emosi dan nafsu kita.
Pegawai PJP yang menendang penunggang motosikal tersebut saya boleh katakan adalah tindakan paling KEJAM yang saya boleh katakan.
Saya minta kalau betul negara kita ada UNDANG-UNDANG, tangkap dan siasat pegawai JPJ yang menendang penunggang motosikal tersebut. Adakah ini satu SOP dari penguatkuasa JPJ?
Jangan hanya penunggang motosikal itu sahaja ditangkap dan disiasat. Ini satu tindakan tidak adil.
Robbanaa afrigh ‘alainaa shobron wa tsabbit aqdaamanaa wanshurnaa ‘alal qoumil kaafiriin.
Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran atas diri kami, dan teguhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir!
Mari kita sama-sama amin kan doa orang yang dizalimi ini. Supaya pegawai JPJ tersebut diadili kelak, jika tidak di dunia ini, di padang masyar kelak!
Saya minta semua share posting ini. Dan mengaminkan doa yang yang dizalimi. Dan saya yakin doa orang yang dizalimi akan diangkat doanya.
BACA :