Pelanggan yang hanya ingin ‘cuci mata’ kena bayar RM25, pemilik kedai kenakan caj
Kebiasaannya kita sebagai pelanggan akan melihat barang terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu pembelian di kedai. Namun, jika semua berbuat sedemikian sudah pasti kedai ini pula mengalami kesesakan.
Dalam mengatasi masalah tersebut, sebuah kedai runcit di Sepanyol telah mengenakan caj bayaran sebanyak €5 (~RM25) kepada pelanggan mereka yang datang meninjau tanpa membeli barang.
Menurut laporan Oddity Central, kedai bernama Queviures Murria di Barcelona itu telah beroperasi sejak 1898 dan merupakan salah satu lokasi popular di situ.
Kedai tersebut mempamerkan reka bentuk tradisional dan vintaj sekaligus telah menarik kehadiran beratus-ratus pelancong setiap hari namun hanya sebahagian mereka tidak membeli barangan di situ.
Ada pelancong masuk ke kedai hanya sekadar mengambil tanpa membeli apa-apa. Oleh itu, pengurus kedai bersama rakan sekerjanya nekad untuk mengenakan bayaran kepada orang ramai untuk menghalang mereka daripada berbuat sedemikian.
“Idea itu bermula sebagai jenaka tetapi apabila kakitangan dan pelanggan kami semakin tidak selesa, kami memutuskan untuk melaksanakannya,” kata pengurus tersebut, Toni Merino.
Satu notis juga telah ditampal di hadapan kedai dan ia berjaya menghalang kebanyakkan pengunjung yang tidak diingini. Sejak itu, setiap pelanggan pasti membeli sesuatu setiap kali pergi ke premis berkenaan.
Berdasarkan video di atas, sesiapa sahaja yang melihatnya pasti akan terpegun dan mahu berkunjung ke kedai itu. Hal ini kerana reka bentuk binaan dan juga barangan yang dipamerkan sangat unik dan menarik.
BACA JUGA:
Hati-hati di jalan raya! Ini 5 kesalahan utama penyebab berlaku kemalangan di jalan raya
Buat si dia jatuh cinta sekali lagi! Cuba tips ni dekat isteri korang, mesti menjadi
Netizen cemburu sikap sweet MK dengan isteri boleh bersemut screen fon!