Berapa kos nak maintain kereta Lamborghini?
Alang-alang baru anniversary yang pertama, saya kongsi kos yang saya bayar setakat ini:
Tayar 4 biji : RM6,380
Servis basic: RM1,328.15
Servis ATF oil: RM2,315.40
Insurans Takaful: RM24,417.45 ; NCD: 45%
Roadtax: RM12,048
Warranty: RM16,499 (2 tahun)
ATF oil ini wajib servis setiap tahun walaupun mileage tak seberapa sebab saya ambil warranty 3rd party.
Setakat ini Alhamdulillah kereta tak ada masalah, kereta pun masih dara orang kata.
Model: Huracan Evo 640-4
Mileage: masih tak sampai 10,000km
First registered: 31/12/2019, belum pun genap 4 tahun.
Dengan ambil kira tayar tukar 2 tahun sekali, servis biasa setiap 6 bulan, servis ATF sekali setahun, termasuk warranty, insurans takaful dan road tax.
Secara purata kos yang saya perlu tanggung setiap tahun dalam RM53k setahun dan bulanan RM4,400.
Yang mana ada impian, boleh dah rancang dari sekarang. Moga impian awak juga akan jadi realiti.
InsyaAllah amin.
BACA :