Peminat berang suruh Messi saman PSG gara-gara guna namanya untuk keuntungan

Peminat berang suruh Messi saman PSG gara-gara guna namanya untuk keuntungan

Peminat menyeru Lionel Messi agar mengemukakan saman ke atas kelab bola Paris Saint-Germain (PSG) kerana mengeksploitasi namanya untuk menjana keuntungan.

PSG masih lagi menjual baju-baju Messi di gedung mereka meskipun pemain itu telah meninggalkan pasukan berkenaan pada penghujung musim 2022–23.

Peminat berang suruh Messi saman PSG gara-gara guna namanya untuk keuntungan

Wartawan bola sepak, Dani Gil turut bersuara di Twitter dan menggesa PSG agar menghentikan jualan sebarang produk berkaitan Messi.

Para peminat turut bersetuju dengan gesaan itu dan turut memberi cadangan supaya Messi menyaman pasukan berkenaan.

Untuk rekod, Messi yang juga pemain Argentina menyertai Les Parisien pada Ogos 2021 selepas dia meninggalkan Barcelona.

Selama dua tahun, Messi menjaringkan 32 gol menerusi 75 perlawanan.

Pemenang Ballon d’Or tujuh kali itu mengumumkan pengundurannya dari PSG pada penghujung musim lalu, menyertai Inter Miami kendalian David Beckham bulan lepas.

BACA JUGA:

Gadis mental nak kahwin tapi BF masih belajar, “Rasa macam nak kahwin je dengan sesiapa…”

Jangan nak nampak ‘high class’ je, rupanya kerjaya pilot bukan mudah!

’Guna QRPay sebab nak senang tapi makin leceh bila kena tunjuk screen fon!’ – Aplikasi QRPay menyusahkan?