Penduduk syak ada kapal UFO berlegar di ruang udara, “Kejap ada, kejap tak ada”
Rakaman 17 saat memaparkan objek terbang tidak dikenali (UFO) yang sedang berlegar-legar di ruang udara Mexico tular di media sosial.
Rakaman pada waktu malam menunjukkan objek itu sedang terapung dan turut dikelilingi cahaya terang berwarna putih.
Dirakam di Tamaulipas, pergerakan objek aneh itu menyebabkan segelintir penduduk membuat spekulasi bahawa ia merupakan kapal milik makhluk asing.
Seorang TikToker, Marcella Guzman, berkongsi video itu menerusi TikTok sehingga ia meraih 4.5 juta tontonan dan dihujani lebih 5,000 komen.
“Ada sesiapa pernah nampak objek ini di tempat lain?
“Objek ini berpusing di udara sebelum ia hilang,” tulisnya.
Selain Tamaulipas, beberapa saksi mendakwa turut melihat objek sama melintasi ruang udara Nuevo León dan Coahuila.
BACA JUGA:
SPR tak yakin dengan keputusan PRK Parlimen Pulai, masih adakan perbincangan
Wanita rela mati demi ‘review’ produk ketum dapat pampasan hampir RM50 juta
Patut ramai warga Bangladesh – SPRM dedah wujud sistem bawah tanah khas untuk warga Bangladesh