Peniaga tidak menyesal tinggal kerja, niaga kuih cek mek molek lagi untung

Peniaga tidak menyesal tinggal kerja, niaga kuih cek mek molek lagi untung

Sebut saja kuih cek mek molek pasti terbayang gula di dalamnya yang mencair apabila digigit.

Namun siapa sangka kuih kegemaran ramai ini menjadi punca pendapatan bagi gadis bernama Manisha Najihah Juhari walaupun baru dua bulan bertapak di Wakaf Bharu, dekat Tumpat, Kelantan.

Peniaga tidak menyesal tinggal kerja, niaga kuih cek mek molek lagi untung

Kata Manisha, 24, keputusan untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan makanan yang diminati membuahkan hasil.

“Memang sejak dulu saya minat memasak dan salah satu kuih yang saya pandai buat adalah cek mek molek. Keluarga dan kawan-kawan memang suka makan kalau saya buat.

“Jadi saya pun cubalah jual dan kembangkan jualan kuih ni. Lebih kurang tiga tahun juga saya try and error buat kuih ni. Saya ada belajar dengan tauke-tauke kuih juga sebelum ni.

“Syukur dengan rezeki Allah, sudah dua bulan berniaga cek mek molek. Hasil jualan sebulan mampu cecah RM10,000 dengan hanya jual cekmek, kuih tradisi Kelantan,” ujarnya

Menurut pemegang Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan) di Politeknik, Shah Alam, Selangor, dia pernah bekerja di sebuah syarikat swasta namun mengambil keputusan untuk mengundur diri.

Kata Manisha, pengalaman kurang menarik di tempat kerja membuatkan dia memilih untuk bekerja sendiri.

Malah dia tidak menyesal walaupun tidak bekerja dalam bidang yang dipelajari.

Manisha menjual cek mek sejak dua bulan lalu.

“Dulu saya pernah bekerja makan gaji tapi suasana bekerja dan sikap orang sekeliling buatkan saya enggan meneruskannya.

“Jadi saya ambil keputusan berhenti dan tidak lagi bekerja dengan orang. Tapi bagi saya tak membazir belajar diploma dulu sebab kini saya boleh terapkan segala ilmu tu masa berniaga.

“Kalau ada orang mengata pun saya pedulikan saja. Mulut orang kita tak boleh tutup. Jadi pekakkan saja telinga. Lagipun buat apa nak malu berniaga. Saya dapat sara ibu bapa dengan adik lagi selepas jual cek mek molek,” jelasnya.

Ada juga yang kecam saya tengok bentuk cek mek bulat-bulat tu… saya bagi respons dengan gelak saja.

Bercerita mengenai perniagaan, Manisha berkata dia hanya membuka gerai di hadapan rumah bagi mengelakkan daripada menanggung kos perbelanjaan menyewa tapak atau gerai.

Namun ujar Manisha yang merupakan anak ke lapan daripada 10 adik-beradik, dia berharap perniagaannya bertambah maju sehingga berjaya membuka francais di setiap daerah di Kelantan.

Terdahulu perkongsian Manisha di TikTok mengenai perjalanannya dalam bidang perniagaan mendapat perhatian netizen.

Malah dia turut tidak terkecuali menerima kecaman gara-gara menghasilkan kuih cek mek molek dalam bentuk bulat dan bukannya bujur seperti kebiasaan.

Selain bentuk bulat Manisha turut menjual cek mek molek berbentuk bujur.

“Saya buka kedai di depan rumah sebab tak nak tanggung risiko kos yang banyak sebab baru je nak jalankan bisnes. Ramai peniaga yang lingkup sebab tak mampu nak tanggung kos sewaan tinggi dengan ekonomi sekarang.

“Ada juga yang kecam saya tengok bentuk cek mek bulat-bulat tu. Saya bagi respons dengan gelak saja. Zaman moden sekarang ni kena berinovasi dan mencari kelainan.

“Lagipun yang bulat ni boleh dimakan ramai-ramai sebab saya jual RM1 bagi lima biji. Yang bersaiz bujur pun saya jual tapi RM1 baru dapat dua biji. Agak mahal sikit tapi rasa tetap sama cuma yang bulat lebih rangup,” katanya.

BACA JUGA:

Taabsub besarkan payudara berakhir tragis,”Jangan bagitahu doktor tauu,i cuma bantu u saja”

Ustaz dedah rupanya gym tempat kegiatan gay

Sanusi dakwa Saifuddin keluarkan kata-kata fitnah dan cela nama selaku Menteri Besar