‘Perasan tak kenapa golongan kaya lebih suka cari kawasan perumahan yang elite, mahal dan berstatus tinggi? Ini sebabnya…’

Perasan tak kenapa golongan kaya dan berada mereka lebih suka cari kawasan perumahan yang elite, mahal dan berstatus tinggi?

Nak tahu tak sebab apa…

Ok, ini hasil “finding” yang Aku baca dari beberapa post, sharing dan komen di media sosial.

'Perasan tak kenapa golongan kaya lebih suka cari kawasan perumahan yang elite, mahal dan berstatus tinggi? Ini sebabnya...'

Salah satu sebab yang utama ialah mereka ni lebih selesa hidup dengan orang yang sekufu atau sama “mindset” memiliki level pemikiran yang sama dengan depa.

Kalau nak bersembang dengan jiran, mereka tak rasa kekok untuk berbicara pasal kereta, aksesori yang baru dibeli, restoren makanan yang mereka sukai atau tempat percutian yang mereka suka pergi.

Cakap lebih sikit takut kena kecam. Mereka akan dicop sebagai orang yang suka menunjuk atau sombong jika tinggal di perumahan biasa. Biasalah, orang kaya selalu dianggap “riak”.

Susah nak tutup mulut orang tambah-tambah jenis orang yang tak boleh tengok orang lain lebih dari mereka.
Contohnya macam ayat di bawah ni…

“Senah, kau tengok jiran kita tu, tahun lepas tukar kereta, ni dia renovate sambung anjung pula… Nak show off lah tu”…Mentang²lah laki dia kaya.

“Eh Joyah, kau perasan tak gelang emas yang milah pakai tadi, menyampah aku tengok…Camlah dia sorang je yang mampu beli.”

Jadi bila ada duit lebih, mereka lebih suka “upgrade life” dan tinggal dipersekitaran baru.

Di kawasan kejiranan perumahan elite camni, mereka tak bimbang nak beli kereta mewah atau tukar-tukar kereta baru setiap tahun sebab tiada sapa pun yang peduli.

Semua orang disitu pun mampu buat benda yang sama jika mereka mahu.

Ini kerana jiran-jiran mereka semua pun kaya raya dan mampu untuk beli atau bertukar-tukar kereta bila-bila masa mereka suka.

Takda siapa pun nak mengumpat sebab dengki atau irihati jika penghuni bergaya dengan barang kemas dan aksesori mewah yang dipakai mereka.

Sebab lain adalah, orang kaya dan berada ni selalunya mereka sibuk dengan urusan kerja. Bila balik ke rumah, depa inginkan ketenangan, relax dan santai-santai saja di rumah.

Depa tidak suka dengan bunyi bising dan masalah-masalah yang sering berlaku dikawasan perumahan biasa seperti masalah parking dan bunyi bising dari jiran sebelah…

Ini kerana di perumahan elit, masing-masing sibuk jaga hal sendiri dan menghormati privasi jiran masing-masing.
Begitulah ceritanya…

BACA :

‘Mertua nak buat majlis 20k tapi tunang aku tak mampu. Saya asal dari keluarga T20, mertua pulak B40..’
“Bang, kitorang berjaya cipta enjin kereta guna 100 peratus bahan bakar air ! Tak perlu guna petrol lagi..”
[VIDEO] Sekolah di Selangor beri anugerah kepada petugas kebersihan bikin netizen sebak, ‘Seronok dia dapat anugerah..’