PH ‘copy paste’ kepada BN, gesa warga Selangor pilih ori buang palsu
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari melabelkan Perikatan Nasional (PN) sebagai parti ‘copy paste’ (peniru) yang patut ditolak pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) khususnya di negeri ini.
Beliau yang juga Menteri Besar berkata, ini terbukti apabila perjalanan politik parti berkenaan hanya meniru terhadap apa yang sudah ada di negara ini.
“BERSATU mengaku sebagai juara Melayu dan tidak lain. Dan bukan hanya cuba meniru UMNO dan Barisan Nasional (BN). Tetapi `copy’ bukan `ori’ sebaliknya copy gred C yang tidak layak diberikan taraf atau kelayakan mentadbir dan memimpin.
“Terbukti 18 bulan mereka mentadbir di peringkat Putrajaya. PN adalah copy paste kepada BN, tapi (Kerajaan) Perpaduan pada hari ini mengumpul 19 parti.
“Suara daripada seluruh pelusuk Malaysia,” katanya pada majlis pelancaran Tawaran Kita Selangor: Lima Tekad untuk Lima Tahun, di sini, malam ini.
Amirudin berkata, Kerajaan Perpaduan hari ini adalah parti yang berlandaskan pelbagai kaum termasuk dari Sabah dan Sarawak berbanding PN diwakili parti tiruan.
“Saya percaya mereka akan cuba menjadi peniru dan meniru apa kita lakukan.
“Rakyat Selangor pilihlah yang ori, buang yang palsu. Yang ori adalah juara dan tekad perpaduan di dalam negeri ini,” katanya.
BACA JUGA:
Kelantan guna strategi gugurkan 16 ADUN untuk cipta perubahan besar
Pemilik restoran gemar kaitkan jin punca tiada pelanggan, tapi sebenarnya…
Populariti Sanusi masih buatkan BN ketinggalan zaman – Muhammad Khizri