“Pinjaman kereta aku tak lepas lah. Sedih betul. Baki akaun aku, bukannya tak ada duit. Masih ada banyak, tapi kenapa tak lepas ya?” tanya seorang rakan.
Dia macam ni Tuan-Tuan. Kalau kita nak pinjam duit dengan sesiapa pun, pemberi pinjam itu jika dia waras dia mestilah memberi pinjam kepada orang yang dia kenal. Begitu juga bank.
Alang-alang ni saya cerita sikit lah pengalaman saya menguruskan pembiayaan jentera pelanggan-pelanggan saya.
Ada 4 faktor utama sesuatu pembiayaan bank untuk kereta tu boleh berjaya.
1. Bukti Pendapatan
2. Bukti Pekerjaan/Bisnes itu wujud
3. Jurujual
4. Pegawai Bank
Kita pergi pada faktor pertama dahulu.
Bukti pendapatan ni mudah sahaja. Penyata kewangan dan juga penyata cukai pendapatan. Anda yang tahu berapa duit anda. Anda yang tahu berapa cukai pendapatan yang anda bayar setiap tahun.
Jika tiada penyata kewangan dan penyata cukai pendapatan, bagaimana pihak bank tahu yang anda ada duit ?
Bank cuma akan bagi pinjam kepada individu atau entiti yang ada kapasiti membayar balik. Itu sahaja. Jika anda simpanan berbentuk tunai, maaf bank tidak kira semua itu.
Banyak kes yang saya jumpa jenis simpan tunai di bawah bantal. Dalam bank hanya ada sedikit sahaja amaun.
Alasan ? Elak cukai.
Jika anda tiada niat untuk meminjam dengan pihak bank atau mana-mana institusi kewangan, teruskan perbuatan anda itu. Sekiranya ada, ini merupakan suatu tindakan yang kurang bijak.
Oh ya !
Sistem kiraan pendapatan bagi mereka yang bekerja, bekerja dalam bidang professional dan bisnes adalah berlainan ye.
Cuma dari mana pun pendapatan anda, pastikan tiada senarai hitam, tiada dalam senarai “Special Attention Account” dan DSR dalam keadaan sihat.
Faktor kedua pula anda perlu mengemukakan bukti bahawa pekerjaan atau bisnes anda itu wujud. Sekiranya bekerja, perlu ada surat tawaran dari pihak syarikat dan slip gaji.
Sekiranya bisnes, perlu ada SSM, lesen PBT dan juga premis.
Kebiasaannya pegawai bank akan melakukan lawatan tapak atau “Site Visit” sekiranya bakal pelanggan itu merupakan pemilik bisnes.
Jika wujud semua ini, mudahlah urusan kesemua pihak.
Faktor jurujual ni mungkin kedengaran agak aneh. Namun begitu, hubungan baik jurujual serta pegawai bank sebenarnya memberi kesan besar kepada keputusan pembiayaan jentera anda.
Saya sendiri mempunyai hubungan baik dengan pegawai tinggi di beberapa bank. Sebagai seorang jurujual hubungan baik ini memang perlu.
Kebiasannya, apabila mendapat sesuatu kes saya akan hantar beberapa dokumen pelanggan kepada pegawai bank untuk disemak. Kemudian saya akan bertanyakan 4 soalan berbunyi.
1. Boleh ?
2. Macam boleh ?
3. Boleh tapi berat ?
4. Jangan buang masa.
Saya minta pegawai bank jawab ikut skema soalan yang saya beri. Senang untuk semua pihak.
Cuma untuk sampai ke tahap ini bukan senang. Berapa banyak kes yang kita dah beri dan berapa tinggi jumlah pembiayaan yang kita dah beri. Itu yang menentukan.
Lagi banyak anda beri, lagi tinggi profil sebagai jurujual dimata pegawai bank.
Faktor terakhir adalah pegawai bank itu sendiri. Saya memang memilih sikit bab ni. Sebab pengalaman saya berurus niaga dengan pegawai yang kaki sidai ini sangatlah menyakitkan.
Atas faktor itu juga saya banyak memilih pegawai bank dari kawasan Sub-Urban. Kebanyakan pembiayaan yang saya uruskan dan lulus adalah dari Kuantan & Kuala Terengganu.
Ada juga dari kawasan bandar tapi apabila pembiayaan itu lebih dari RM1 juta, saya cenderung untuk memilih pegawai bank dari kawasan Sub-Urban.
Respon yang cepat, susunan dokumen yang baik dan laporan yang baik. Ini yang menentukan kehebatan seseorang pegawai bank itu.
Cukup 4 faktor.
Disini juga kita dapat lihat faktor ketiga dan keempat saling berkaitan. Hubungan baik diantara jurujual dan pegawai bank memberi kesan kepada pembiayaan anda.
Kenapa saya ulang balik ?
Kerana saya lihat dan saya sendiri pernah mengalami situasi disabotaj oleh pelanggan.
Macam mana tu ? Pembiayaan dah lulus, cari jurujual lain.
Jangan buat macam ni Tuan-Tuan. Sakitnya itu tak terperi bagi seorang jurujual.
Masa itu emas. Apabila berlaku situasi seperti ini semua pihak akan rugi. Jangan lah sabotaj-sabotaj ni.
Namun begitu, tak semua kes yang saya uruskan lulus. Ada juga yang gagal. Kebanyakannya sebab faktor pertama.
Pucuk pangkalnya tepuk dada tanya poket. Kalau pendapatan tak cukup memang faktor kedua, ketiga dan keempat tak boleh bantu.
BACA :