Polis berjaya cekup individu jual insurans palsu selepas kaut lebih RM200,000
Seolah-olah memanfaatkan ‘pengalaman’ yang ada, seorang bekas ejen insurans bertindak menjual polisi palsu kepada pelanggannya.
Malah, dia berjaya mengaut keuntungan sehingga RM287,667 (22 juta baht).
Pegawai dari Bahagian Penindasan Jenayah Ekonomi menahan lelaki berusia 45 tahun itu, pada Sabtu di sebuah stesen minyak di Chon Buri.
“Suspek dikehendaki kerana memalsukan dokumen, menipu individu dan memasukkan maklumat palsu ke dalam sistem komputer.
“Caj itu berpunca daripada penjualan polisi insurans hayat dan kegagalan untuk benar-benar menetapkan polisi tersebut,” ujarnya.
Dalam pada itu, kesalahan lain yang dilakukannya adalah memasukkan maklumat palsu ke dalam sistem komputer dan mengenakan bayaran untuk ‘perkhidmatan’ yang disediakannya.
Difahamkan, seorang wanita turut terlibat dalam kegiatan penipuan tersebut malah telah memalsukan dokumen termasuk slip transaksi perbankan.
Pun begitu, suspek menafikan pertuduhan ke atasnya.
BACA JUGA:
Azmin Ali menang PRN, DUN Hulu Kelang dengan 25,597 undi
Anwar tak setuju kajian hanya 1 dari 4 orang Melayu puas hati…