Polis buru suspek pecahkan dinding kaca Pejabat Agung PAS
Seorang lelaki yang disyaki memecahkan dinding kaca Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, awal pagi kelmarin, ditahan malam tadi.
Suspek lelaki berusia 36 tahun, yang juga seorang penganggur itu diberkas di Lorong Tiong Nam, Jalan Chow Kit, di sini, sekitar jam 10 malam.
Menurut sumber, ketika ditahan, polis turut merampas motosikal Honda, topi keledar merah dan sehelai baju biru dan seluar pendek hitam yang digunakan suspek ketika hari kejadian.
Suspek dijangka dibawa ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini, hari ini untuk direman.
Sumber berkata hasil siasatan mendapati suspek memiliki 16 rekod kesalahan lampau membabitkan kes dadah dan jenayah.
Siasatan kes dilakukan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan perbuatan khianat.
Dalam kejadian jam 5.30 pagi, Sabtu lalu, seorang lelaki tidak dikenali membaling batu hingga menyebabkan cermin kaca hadapan bangunan pejabat PAS pecah sebelum beredar dengan menunggang sebuah motosikal.
BACA JUGA:
Kerajaan tambah baik sistem tenaga solar Sabah, Sarawak
Pasangan miskin tiba-tiba pakai iPhone 14, rupanya kantoi jual bayi sendiri berusia 8 bulan