Polis tangkap anak patung ‘Chucky’, didakwa membahayakan orang ramai

Gara-gara sering digunakan oleh pemiliknya untuk menakut-nakutkan dan menggugut orang ramai, polis Mexico menahan anak patung Chucky, lapor New York Post.

Difahamkan, suspek seorang lelaki menggunakan patung berkenaan dengan bersenjatakan pisau sebenar untuk menakutkan penduduk tempatan.

Suspek dan patung berkenaan diberkas kerana mengganggu ketenteraman awam dan membahayakan orang ramai di Monclova pada 11 September lalu.

Polis tangkap anak patung 'Chucky', didakwa membahayakan orang ramai

Bekas Pengarah Polis Monclova, Juan Raúl Alcocer berkata, hasil pemeriksaan mendapati suspek berada di bawah pengaruh bahan terlarang.

“Dia sengaja meletakkan anak patung itu dekat muka mereka dan menakutkan orang ramai. Ia adalah satu kesalahan dan suspek di ditangkap atas kesalahan itu,” katanya.

Suspek dan patung berkenaan kemudiannya dibawa ke balai polis.

Apa yang menghiburkan, anak patung berbaju denim tersebut turut digari kedua-dua tangan dan diambil gambar wajahnya. Patung itu juga disandarkan pada dinding sambil rambutnya ditarik seolah-olah sedang berdiri.

Untuk makluman, patung itu yang dianggap sebagai “anak patung syaitan” itu popular dalam filem genre seram, Child’s Play pada 1988.

Mata Dan Rambut Berasal Dari Manusia, Patung George Didakwa Berpuaka

Terdahulu, anak patung George yang diperbuat pada tahun 1930-an menjadi tarikan Muzium Puaka Nottingham disebabkan ngeri dan menakutkan, lapor BBC.

Mata dan rambut anak patung itu didakwa diperbuat daripada orang yang telah mati.

Dalam sebuah rancangan temu bual popular TV, BBC Bargain Hunt, pengasas muzium itu, Marrie Wesson membawa bersama anak patung itu kepada seorang pakar barangan antik iaitu Charlie Ross.

Jelas Marrie, anak patung George merupakan salah satu barangan yang didakwa ‘berpuaka’.

Bagaimanapun, raut wajah Charlie berubah seperti ketakutan akibat kehadiran anak patung tersebut.

Menurut Charlie, George berasal dari zaman di mana orang membuat patung sedemikian rupa untuk mengenang orang yang mereka sayangi.

Bagaimanapun, dalam kes George, orang yang membuatnya telah menggunakan rambut dan mata dari orang tersayang yang sudah meninggal.

BACA :

Wabak X bakal muncul, lebih bahaya dari Covid-19. Pakar jangka 50 juta kematian
Anak sanggup ikat perut tak beli makanan di kantin sekolah sebab fikir ibu tiada duit, siap bawa bekal gigit tepi biskut untuk muat bekas kecil
Sikat misai milik Freddie Mercury dilelong pada harga tak masuk akal