Projek Cendawan… Indah Khabar dari Rupa?
Sebenarnya dah 2 bulan saya kurangkan pengeluaran cendawan di farm. Hampir 50%… Cendawan segar payah nak jual dah.
Saya kena bagitahu ni walau perit… Sebab tu saya ok je bila ada pekerja berhenti beramai-ramai jadi tak perlu la saya buang orang…
Saya ni payah buang pekerja sebenarnya sebab kesian… Tapi bulan lepas saya terpaksa buang seorang sebab masalah disiplin.
Ada bantuan besar-besaran untuk projek cendawan sekarang di Terengganu… Dijangkakan ada lambakan dan harga jatuh lagi dalam sebulan dua ni…
Pemborong ada bagitahu saya, biasa customer yang beli 10kg, sekarang beli 5kg je… Patutlah dia pun potong separuh dah order sekarang…
Ada 2 sebab ni berlaku, antara dia ambik dengan orang lain separuh, atau memang orang takde duit sekarang…
Tapi yang sudah pasti dia bagitahu, bukan saya sorang je masuk pasar hantar banyak sekarang, ada ramai lagi… Maknanya dah makin banyak projek cendawan di Terengganu ni.
Bila kita mengajar orang (baca: bagi harapan) yang projek cendawan ni untung besar, modal rendah, mudah buat, makin ramai lah nak cuba tanam dalam keadaan orang terdesak dengan kesempitan ekonomi global sekarang…
Akhirnya ramai akan terciduk sebab hasil yang dapat tak seperti yang dimomokkan… Harga rendah… Jualan tak balik modal… Dapat letih sahaja…
Dan cycle ni akan berterusan sampai bila-bila jika kita tiada kesedaran untuk membetulkan atau kongsikan fakta yang sebenar….
Tapi orang suka je dapat bantuan rumah cendawan, sebab rumah tu dah habis satu cycle beg cendawan, boleh buat garaj kereta…
Siap buat stor… Ada juga buat bilik tidur pun ada! Dah spec rumah cendawan tu macam banglo… Lantai pun licin….
Untuk pengetahuan anda semua, ramai SCAMMER dalam projek cendawan. Walau mereka tak berniat pun jadi scammer, tapi bila yang mengajar bagi info kat orang rujuk BUKU dan TEORI semata-mata, anda automatik jadi scammer… Buatlah kajian sikit sebelum nak bercakap…
Dulu saya buat proposal untuk projek orang kampung, untuk dapat RM2k bersih (setiap bulan selama 4 bulan sahaja) dengan tanam cendawan menggunakan beg cendawan yang dibeli, anda perlu ada 15,000 beg.
Itupun kalau beli dengan harga RM1.30. Mana nak dapat harga tu dah. Sekarang mungkin perlu 20,000 beg dengan harga RM1.50…
Itupun payah jumpa dah kot harga tu… Dengan anggapan dapat jual dengan harga RM12.00 Sekilogram borong…
Tapi sekarang masih ada lagi orang buat proposal ada 3k beg je boleh dapat bersih RM2k sebulan… Too good to be true….
Siapa mampu nak beli 15,000 beg? x RM1.50 = RM22,500 untuk beli beg. Nak buat rumah cendawan lagi. Kos buat rumah pun paling rendah RM12k pakai kanopi 20×20 2 unit dan rak biru.
Paling kurang nak modal total RM40k semata-mata nak dapat hanya RM2k bersih… Kalau projek bantuan kerajaan, RM10k ni dapat rumah muat 2,000 beg je…
Sebab tu saya tekankan jika buat projek kecil-kecilan, jangan fokus pada cendawan segar… Nak RM2k bersih jual goreng pun boleh dengan hanya 5kg je cendawan sehari.
Buat rumah kecik je atau beli je dengan pengusaha cendawan lain. Modal niaga cendawan goreng baru berapa. Nak elok sikit buat kiosk…. RM5k pun tak habis….
Tu kalau niaga hari2… Cuba cari tempat ramai orang… Niaga 2 kali je seminggu. Dapat jual 20kg pun ok dah. Bersih boleh dapat RM500 seminggu…
Tapi sekarang, yang ditekankan lebih kepada tanam, tanam dan tanam. Bukan ajar berniaga. Bukan ajar jadi usahawan. Bukan ajar macam mana nak survive jika ada masalah.
Bila hanya ajar tanam, masing-masing duk jual rendah masih harga lama, pastu lambakkan pada satu tempat jadi jem lah.
Nanti saya share macam mana saya survive 10 tahun lepas, selama 3 bulan sebelum projek cendawan saya kat tapak baru keluarkan hasil hanya dengan niaga seminggu sekali je di pasar tani dengan cendawan yamg saya beli dengan orang…
Saya pernah bermula dari tahap paling bawah, percayalah banyak yang indah khabar dari rupa dalam projek cendawan ni… Takde jalan mudah hidup bertani. Saya tunjuk jalan lain lebih mudah kat atas tu… Cubalah…
Ok done membebel harini…. Tak tahu la kalau dok faham lagi….
BACA :