Proton berjaya kalahkan syarikat permotoran yang lain
Model kereta Proton Saga dari keluaran syarikat permotoran negara menjadi kereta paling laris di abad ini, tidak hairanlah jenis kereta ini berlambak di atas jalan raya di Kenya.
Kereta Proton dianugerahkan sebagai model terlaris 2021 di pasaran Kenya. Proton turut menawarkan jaminan selama 5 tahun atau 150,000km untuk model Saga di Kenya.
Menurut laman sosial Proton Kenya, Proton Saga diiktiraf sebagai model kereta sedan paling laris di pasaran negara berkenaan untuk tahun lepas.
Saga ditawarkan dalam tiga pilihan varian di Kenya terdiri daripada varian Standard MT, Standard AT dan Premium AT.
Jelas laman sosial tersebut juga, kadar bayaran ansuran bulanan Saga adalah serendah KSh. 29,400 (RM1,112) sebulan.
BACA JUGA: Seramai 240 penduduk rumah flat jadi gelandangan dalam sekelip mata