Rahsia pahit dibongkarkan seorang chef Muslim, ‘Di sebalik makanan tersimpan seribu kelicikan, erwaspada lah saudara semua apa yang hendak kita makan’

Rahsia Pahit Dibongkarkan Seorang Chef Muslim.

Di sebalik makanan tersimpan seribu kelicikan. Berwaspada lah saudara semua apa yang hendak kita makan.

Hi Salam semua, sebenarnya saya tak tahu macam mana saya nak mulakan cerita ini. Isinya ada tapi permulaannya sangat sukar untuk saya buka mukadimahnya.

Rahsia pahit dibongkarkan seorang chef Muslim, 'Di sebalik makanan tersimpan seribu kelicikan, erwaspada lah saudara semua apa yang hendak kita makan'

Seandainya semua orang tahu apa yang telah kami (semua Chef) ketahui nescaya kamu semua akan sangat takut untuk makan sebarangan.

Kesangsian kami terhadap makanan sangatlah tinggi. Kerana kami kebanyakannya tahu akan kelicikan itu.

Saya telah melalui pelbagai fasa dalam mengharungi dunia masakan ini. Pendek kata saya telah memasak macam macam hidangan. Baik yang halal mahupun yang haram.

Bukan hanya sekadar babi, tetapi ia lebih dari itu. Termasuklah anjing yang harus dibakar kulitnya untuk mendapatkan isinya. Ular sawa & katak itu adalah hidangan biasa.

Segala-galanya telah saya lalui demi secebis ilmu. Apatah lagi masakan yang menggunakan Wine, Samsu, Sake ,Vodka dan tequila ia adalah permainan untuk meningkatkan aroma dan rasa ketagihan.

Lemak lemak protin haiwan juga di gunakan sebagai base (ibu) pada masakan. White stock dan roux yang dihasilkan menjadi Veloute.

Lalu ia di gunakan dalam semua masakan untuk rasa yang sangat umami. Veloute yang paling sedap adalah terhasil dari tulang sumsum seekor babi.

Darah dan lemak juga sering di gunakan di dalam menghasilkan stock ia di masak hingga sebati dengan ramuan yang mana bila kita hirup rasa feelnya tidak dapat di gambarkan dengan perkataan.

Maka jadi lah kita seperti Raja Bersiong yang hidup dalam ketagihan.

Jadi ingin saya berpesan disini, berhati-hatilah kalian semua jika ingin menikmati hidangan di luar.

Terutama NASI AYAM, MEE KARI, SUP & segala makanan jenis berkuah. Carilah yang halal bukan yang shubhat.

Jangan mudah percaya dengan papan tanda “NO PORK , NO LARD” kerana di sebalik perkataan itu tersembunyi tipu daya yang dasyat. Hanya kami yang mengetahui.

Mohon maaf ampun seribu ampun jika penulisan ini menyinggung sesetengah pihak. Bukan juga untuk saya membuka pekung di dada.

Tetapi sekadar berkongsi pengalaman. Inilah realiti yang harus kami tempoh sebagai seorang Chef demi secebis ilmu.
Mohon maaf sekali lagi pada semua.

Salam ukhwah dan kasih sayang. Semoga Allah mengampuni dosa saya yang lalu dan kalian semua.

Pada semua Chef Muslim, memasaklah dengan penuh beretika dan tanggungjawab. Kita semua akan di pertanggunganjawabkan atas segala-galanya.

Hanya kepada Allah kita berserah.

Wallahhualam .

BACA :

[VIDEO] Lagi kes penunggang motosikal terkena ‘jerat’ tali tangsi di lebuhraya
‘Takut betul dengar dia maki suami sendiri, betul lah apa yang Rosyam Nor bagitau..’
‘Saya mohon sangat untuk korang yang baca ni jangan mudah percaya dengan iklan pasal pinjaman, ramai lagi masih percaya pasal pinjaman yang tak wujud’