Rakyat Malaysia ditahan di Indonesia, sorok dadah dalam dubur

Seorang rakyat Malaysia ditahan oleh pegawai Badan Narkotik Kebangsaan (BNNP) Provinsi Bali selepas dia ditangkap menyembunyikan dadah jenis methamphetamine di dalam perutnya dengan memasukkannya menggunakan kondom melalui dubur.

Menurut laporan Detik Bali, difahamkan bahawa lelaki yang berasal dari Johor tersebut ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai oleh BNNP bersama-sama dengan pegawai dari Pejabat Pengawasan dan Eksais Kastam Jenis Tengah Ngurah Rai (KPPBC TMP).

Rakyat Malaysia ditahan di Indonesia, sorok dadah dalam dubur

Daripada tangkapan itu, BNNP Bali bersama KPPBC TMP Ngurah Rai memperoleh bukti empat bungkusan dadah jenis methamphetamine. Dadah itu dibungkus dengan kondom dan disembunyikan di dalam perut dengan berat 205.5 gram.

Pegawai BNNP Bali kemudian merampas bukti yang diperoleh daripada suspek tersebut dan dia kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut.

Untuk rekod, ini adalah kali kedua kejadian yang sama berlaku. Sebelum ini, BNNP Bali telah menahan rangkaian dadah Medan-Bali berinisial KD di Kabupaten Buleleng dengan bukti 7 kilogram ganja kering.

BACA :

Ini rahsia sebenar Michael Jackson buat pergerakan ikonik ‘antigravity tilt’
‘Tak habis belajar lagi, Allah ambik mak. Kejap je merasa ada mak..’
Wanita tiru tips ‘Mat Saleh’, senyum lebar pokok mangga berbuah lebat sampai patah dahan!